Site icon Travel Blogger Malaysia

Cuti Cuti Malaysia Pantai Bukit Keluang Di Besut Terengganu

Cuti-Cuti-Malaysia-Bukit-Keluang-Besut-Terengganu-10-copy-1

Bukit Keluang, memang popular di Besut, Terengganu. Kalau sebelum ini, MrJocko kongsi pengalaman mendaki Bukit Keluang, kali ini, nak kongsi aktiviti air yang ada di sekitar bukit ini. Cuti Cuti Malaysia Pantai Bukit Keluang Di Besut Terengganu, ada beberapa lokasi untuk mandi air laut yang best dan jernih di sini.

Kalau sekali lihat, di persisir pantai kawasan Bukit Keluang ini ad banyak sampah sarap. Antara sebabnya, ramai pengunjung tempatan, datang ke sini tidak menjaga lokasi ini sebaiknya. Pihak berwajib juga, seperti kurang aktif dalam menyelenggara kawasan ini sebaiknya, termasuk selenggara sampah dan bangunan gerai-gerai penjaja.

Pantai Bukit Keluang Di Besut Terengganu
 

Cuti Cuti Malaysia Pantai Bukit Keluang Di Besut Terengganu
 

Kalau anda pernah sampai di Pantai Bukit Keluang, kawasan dihadapan berdekatan dengan kaki bukit yang mencecah pantai antara lokasi yang paling ramai. Kawasan ini agak cantik dan punyai air yang jernih dengan kawasan yang agak landai dan tidak dalam.

Tetapi, jika anda nak mandi dikawasan yang lebih selesa dan cantik, anda kena lalui laluan celah batuan dan menghala ke sebelah pantai satu lagi. Kawasan ini tidak ramai pengunjung kerana ramai yang tidak perasan kawasan ini.

Tetapi harus diingat, kawasan ini ada juga kelemahannya dan diharap kalau anda sekeluarga atau dengan rakan-rakan bercadang untuk mandi manda di sini, faktor keselamatan dan perlu lebih berhati-hati.
 


 

Selain dari aktiviti mandi manda sekitar Pantai Bukit Keluang, anda sekeluarga boleh mencuba aktiviti air lain seperti Banana Boat dengan harga sekitar RM10 seorang untuk dewasa. Kalau nak lebih lama, boleh naik Banana Boat atau sampan biasa untuk keliling Pulau Ru yang hanya terletak berhampiran dengan Pantai Bukit Keluang.

Mungkin ada yang tanya, kalau nak ke Pulau Perhentian dari Bukit Keluang boleh atau tidak. Ya, memang boleh, tetapi kalau nak lebih selesa dan lebih pilihan, boleh teru ke Jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil.
 


 

Kawasan pantai ini tidak mempunyai ‘Life Guard’. Jadi, kalau ingin membuat aktiviti di sekitar Pantai Bukit Keluang, di atas tanggungjawab sendiri. Sebaiknya, jika bersama anak-anak kecil atau keluarga yang ramai, sentiasa berwaspada untuk mengelak dari sebarang masalah.

Untuk ke sini, boleh guna Waze atau Google Maps, lagi mudah.

Exit mobile version