Cuti Ke Pulau Pangkor Guna Gatvel.com
|MrJocko teringin untuk ke Pulau Pangkor bersama keluarga. Memandangkan kami tidak pernah ke sana, kami plan untuk cuba pakej yang disediakan oleh laman web Gatvel.com. Kali ini, kami cuti ke Pulau Pangkor guna Gatvel.com sebagai ‘travel agent’ kami :). Tempahan dibuat di laman web tersebut, dan bayaran melalui online.
MrJocko pernah kongsi bagaimana untuk pilih pakej dan cara bayar di laman web Gatvel.com. Boleh rujuk entry pasal Gatvel.com di sini Tempah Pakej dengan Gatvel .
Kami pandu kereta dari Kuala Lumpur menuju ke Jeti Pulau Pangkor. Parking di ruang parkir berbayar bersebelahan Jeti Pangkor. Seterusnya, dapatkan tiket Feri ke Pulau Pangkor dengan harga RM10 bagi Dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak, tiket untuk Pergi dan Balik. Kira murah jugak la.
Memandangkan kami sampai di Jeti Pangkor sekitar jam 5.00 petang, maka kami terpaksa menaiki feri yang dijadualkan bertolak sekitar jam 5.30 petang. Ingatkan feri ke Pulau Pangkor ni tak ramai, rupanya boleh dikatakan ia hampir penuh dengan penumpang yang ingin ke pulau.
Perjalanan dari Jeti tanah besar menuju ke Pulau Pangkor mengambil masa sekitar 15 init sahaja. Itu pun sebab feri ini stop kejap di Jeti Kampung dan kemudian baru ke Jeti Utama. Dari situ, kami naik Teksi Pulau berwarna PINK dengan kos sekitar RM15 sahaja bagi satu laluan. Agak mahal, tetapi tiada pilihan lain.
Sekitar jam 7.00 malam kami baru sampai di Resort PanVill, destinasi kami. Lokasi Resort Panvill ini agak ke dalam, tetapi ia cuma walking distance dengan Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Ia sebuah resort kecil tetapi mempunyai faciliti ruang makan dan kemudahan lain yang agak selesa.
Memandangkan kami dan uruskan tempahan lebih awal dengan Gatvel.com, urusan pendaftaran menjadi mudah. Sekejap sahaja kami sudah diberikan bilik dan boleh berehat di bilik besar, Family Room di PanVill. Malam ni, kami lepak di bilik sahaja memandangkan hari sudah malam.
Esok pagi, kami bersiap untuk mandi manda di Pantai. Paling suka mandi pantai sudah pasti anak-anak MrJocko, Khalish dan Qistina. Kami hanya berjalan kaki ke pantai dan bersantai sambil melihat pemandangan sekitar Teluk Nipah. Pantai di sini agak luas dan ber’teluk’. Memang sesuai untuk lokasi mandi manda, tampahan pula keadaan ombak yang perlahan dan tidak dalam.
Kalau seharian lepak di pantai Teluk Nipah pun rasanya tidak membosankan. Untuk nilai cuti di dalam Malaysia, Pantai Teluk Nipah ni kira antara lokasi yang boleh anda cuba.
Menjelang petang kami pulang ke Hotel dan bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, kami pusing dulu satu Pulau dengan teksi, ambil peluang untuk mengenali Pulau Pangkor. Luas pulau ini tidak la besar. Jika anda memandu, dalam masa 1 jam lebih anda sudah boleh pusing satu pusingan pulau.
Ada banyak juga tempat menarik di Pulau Pangkor termasuk tapak peninggalan Kota Belanda, Tokong Cina, Pusat Pembuatan Bot, Kilang Makanan Laut dan beberapa pantai lain yang menjadi tumpuan pelancong di Pangkor.
Secara keseluruhan, jika anda nak melancong ke Pulau Pangkor, cukup untuk 3 hari 2 malam. Lebih dari itu, anda mungkin akan mula bosan, melainkan jika anda bercuti ke Pangkor Laut yang memang eksklusif.
Untuk tempahan voucher dan pakej yang ditawarkan oleh Gatvel.com. MrJocko memberikan rating 3 out of 5 stars. Ia satu pilihan untuk anda, namun setakat ini, tidak banyak tawaran yang ada di Gatvel.com.