Cuti Sambil Bekerja Di Hotel Seri Malaysia Seremban
|Minggu ni, MrJocko sekali lagi bersama-sama dengan pasukan kerja NOSS berada di Hotel Seri Malaysia, Seremban untuk sesi perbincangan seterusnya selama dua hari, bermula Sabtu, 1 Disember 2012 hingga Ahad, 2 Disember 2012.
Walaupun kami berkumpul di sini, tetapi fasiliti untuk bilik mesyuarat di Hotel Seri Malaysia, memuaskan hati MrJocko. Dengan harga yang murah, ia boleh menjadi pilihan budget sederhana dengan kemudahan untuk mesyuarat dalam bilangan yang sederhana, 8-10 orang.
Bilik hotel yang selesa, makanan cafe yang sedap, wifi percuma dan juga servis staff hotel yang memuaskan. Dengan harga yang dibayar oleh pihak penganjur rasanya ia sangat berbaloi.
Paling best, bab wifi percuma dan kelajuan capaian internet yang memuaskan. Best jugak la lepak kat Hotel Seri Malaysia. Cuma kat sini tiada kemudahan Kolam Renang. Kalau ada anak-anak, mesti diorang cepat bosan. Tetapi jangan risau kerana kedudukan hotel ini hanya lebih kurang 50 meter dengan Terminal One Shopping Complex Seremban. Kat situ ada macam-macam dan anda boleh shopping jika mahu. 😉
not bad gak hotel ni
harga bilik macam mahal, sekitar RM160 semalam