Dabong Trip – Part2 Story
|Lepas sarapan, kami di bawak oleh POK NIK. Dia selaku Guide di bantu oleh Jai. Kami smua ready dgn “customes” yg sesuwai, pastu trus naik van menuju kawasan Gua Ikan.
Bermula dgn merentasi Gua Gelap yg begitu gelap. Laluan sempit, berair dan jugak agak scary. Aper taknya, laluan batu tu agak2 size badan aku jer. Kalau aku gemok skit jer, sure stucked kat situ. Sib baik gak Pok Nik kasi aku pinjamkan torch lite dia. Kalau tak, menggagau aku kat dalam tu. Paling susah nak snap gambar. Gelap, camera tak leh nak fokus.
Paling mencabar bila aku nak lepas lubang di tgh2 gua. Terpaksa merangkak dan mengiring ke sisi, sambil aku terpaksa tahan nafas selamat beberapa minit. Kalau tak, alamat kena gerudi la lubang tu. Sempit sangat. Baju kotor aku tak risau, kalau kotor kamera aku, susah nak servis ooo… tu pasal la aku happy pas tu. Lepas dr azab dan fobia gua.
Dr Gua Gelap, kami ke Gua Keris. Track ni senang skit, tak yah merangkak, laluan luas dah memang pemandangan superb. Sambil masing dgr info yg Jai duk bgtau kitaorg pasal sejarah dan lagenda gua2 tu. Aku dengar tak dengar jer, pasal sibuk nak snap…
Akhir nya selepas lebih 3 jam dlm gua kami akhirnya selamat kluar ke kawasan meet point dgn selamat. Alhamdulillah. Masing2 bau semacam. Campur peluh, bau basah, jugak mungkin ader yg dah terpijak tahi kelawar kot. Hehehe…
Pastu singgah jap kat Gua Ikan. Sambil masing duk basuh kaki pasal tadi dah kotor kena selut dah habuk gua.