Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Dabong Trip – Part3 Story

Lepas saja balik dari Gua Ikan, kami singgah balik kedai makan tepi Stesen Dabong. Lunch la pulak. Makanan ala kampung biasa jer. Tetapi tetap terbaik.


Dah siap, kemas mana patut kami trus ke Gunung Stong. Perjalanan makan masa dlm 10 minit jer. Sampai di kaki Air Terjun, park Van, dan masing2 menapak dlm jarak 200 meter hiking ke atas. Blum sempat penat pun, kami dah sampai ke tempat yg di tuju. Cantik. Memang cantik. Tak terpikir lagi nak mandi. Aku trus capai camera. Ambik dulu mana2 gambar yg sempat.
Aku tgk yg lain dah trus ke atas ikut JAI. Nak tgk view yg lagik cantik. Aku lak asyik duk layan waterfalls jer dulu. Lps dah puas baru la Mandi. Sejukkk…
Dah lama dlm air, lapar lak. Sib baik Pok Nik yg baik hati dah ready prepared kuih muih dah air teh o panas. Dia sendiri masak air dan buat teh o. Thanks Pok Nik.
Dah puas mandi (pasal sejuk) baru prasan dah dekat kul 6pm. Kena la time tu nampak gelap cam nak ujan. Kemas cepat2, trus turun. Sib baik Renyai jer. Kalau la hujan lebat, abis kamera aku.
Dari Stong, kami singgah ke Guest House Pok Nik. Rumah Kampung, tp dlm smua cantik tersusun. Siap ader lebih dr 10 katil, tilam, tv, astro, dvd player, buku’s, mag’s macam2 lagi la. Sambil duk mandi, siap utk balik, kami rileks2 kat situ. Sambil layan Ida tgh interview sorang Guest Mat Salleh tah dr mana ntah. US ke atau Canada.
Makan malam kami still under pakej. Malam tu menu ala kampung lagi. Makan Asam Pedas Ikan Kurau, Goreng Sayur Sotong, Ayam goreng sikit dan aku mintak BUDU. Mana bleh makan kalau kat kampung tanpa budu. Sungguh sedap. Aku nak makan lagik ikan kurau tu, tp banyak tulang. Susah nak makan.
Schedule aku time ni memang ok. Tak lewat lagi dah. Sampai Stesen, naik Train dgn selesa. Dah dapat tempat masing2 trus mula park dan susun mana patut. Tak sampai 10 minits smua senyap. Dah tido la tu. Aku pun, dah tak ingat dah. Penat sangat. Zzzzzz… yg aku tersedar time Officer KTMB dtg nak check tiket jer. Lapar lak tu. Skali aku tgk lain smua sedap tido. Trus tak jadik nak pegi makan. Sambung tido jer la. Sampai la ke KL Sentral jam 8.00pm lebih kurang…
4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.