Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

DaDuDiDo Musim 2 Oleh Les Copaque

DaDuDiDo Musim 2

 

DaDuDiDo Musim 2

Pada tahun lepas, tahun 2014, Les’ Copaque Production telah menyiarkan animasi pendek yang bertajuk “DaDuDiDo” di saluran YouTube Les’ Copaque (http://youtube.com/lescopaque). Animasi berdurasi 1 minit ini telahpun ditonton oleh berpuluh ribu peminat animasi bukan sahaja dari Malaysia. Animasi ini diterbitkan dan disiar secara eksklusif hanya di saluran YouTube Les’ Copaque. Pada tahun ini, Les’ Copaque Production sekali lagi menerbitkan musim ke 2 “DaDuDiDo” yang juga disiarkan diplatform yang sama.

Episod baru kali ini masih mengekalkan 4 watak utama iaitu Da, Du, Di dan Do di dalam dunia fantasi mereka. Terdapat 6 episod secara keseluruhan dan akan mula disiarkan bermula pada Jumaat, 1 Mei 2015.

Pengenalan Watak “DaDuDiDo” merupakan satu animasi pendek tentang empat kawan: api yang bernama Da, angin yang bernama Du, air yang bernama Di, dan tanah yang bernama Do. Mereka hidup dalam habitat yang cantik dan kecil. Walaupun mempunyai perbezaan perwatakan dan personaliti, mereka tetap hidup bersama dengan harmoni.

DaDuDiDo Musim 2

 

 

DaDuDiDo Musim 2 les Copaque

 

 

DaDuDiDo Musim 2

 

 

DaDuDiDo Musim 2

 

 

DaDuDiDo Musim 2 les Copaque

Kehidupan mereka dipenuhi dengan rasa ingin tahu, keseronokan dan pengembaraan. Mereka juga tidak sabar untuk mempelajari benda baru dan bagaimana ianya berfungsi.

Dipupuk dengan nilai-nilai persahabatan dan di penuhi dengan jenaka dan tindakan, ‘DaDuDiDo‘ sesuatu yang membuatkan seluruh keluarga boleh gembira bersama.

Ini antara rancangan berbentuk kartun untuk hiburan kanak-kanak yang ringan dan bersesuai dengan umur dari 1 tahun sehingga 12 tahun. MrJocko sendiri secara peribadi menggalakkan Baby Kayla menonton filem ini nanti 🙂

DaDuDiDo Musim 2 Les Copaque

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.