Dah Ada Orang Kondem Alpha Lipid
|
Actually, masa MrJocko baca benda ni di salah satu Forum Internet terkenal, Cari.com dalam bahagian Isu Semasa, MrJocko ingat product lain, sekali terlihat tertulis Alpha Lipid. Dari segi bahasa penulisan, rasanya brader/sister ni macam kerja di Hospital dan semestinya tau pasal bahasa-bahasa kedoktoran dan kesihatan. Ini kerana bahasa dan terma yang digunakan adalah bahasa orang perubatan atau medic.
Nampaknya apa yang di tulis ada jugak asas kerana bukan semua Simpton sampingan akibat makan ubat atau kerana tengah berubat. Mungkin produk yang di sebutkan itu memang mujarab untuk penyakit lain, tetapi memberi kesan buruk kepada pesakit lain. Secara logik la, takkan satu susu tu boleh sembuhkan banyakkkkkkkkkk penyakit.
Nak komen lebih, tak berani pulak. Pasal MrJocko bukan orang perubatan. Tetapi, MrJocko pernah cuba sendiri susu Alpha Lipid yang di katakan berasal dari luar negara ni. Pasal minum tak sampai 2 bulan, tak rasa kesannya.
Masa jumpa orang kuat Alpha Lipid pada masa tu, (2 tahun lepas), soalan MrJocko kat dia, kalau ada kelulusan dan sijil halal Malaysia, kenapa tak letak kat TIN. Jawabnya kerana proses pembungkusan dibuat diluar negara, jadi masa tu masih belum sempat meletakkan logo Halal. Masa tu la. Sekarang dengar kata dah ada Alpha Lipid SD2, mungkin dah ada logo Halal Malaysia.
Siapa yang dah pakai? Dengar kata banyak yang dapat KURUS dan sihat,,,?
4 Comments
Makanan kesihatan macam nih kalau nak amalkan kena ada duit banyak…kalau makan sekali sekala tak bermakna la jawabnya.
ada betul jugak
asasnya…. inilah kisahnya tugas penjugal barangan MLM….huhuhu
Tapi ramai member aku pakai, memang berkesan,,,