Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Dah Masuk Minggu Terakhir Ramadhan

Alhamdulillah, masuk hari ni dah hari ke 26 Ramadhan 1434 Hijrah dan memasuki hari-hari terakhir dan minggu terakhir Ramadhan. Nampaknya persiapan hari raya semakin meriah dan bandaraya Kuala Lumpur semakin lengang. Maklum la, ramai yang dah balik kampung kerana cuti sekolah sudah bermula.

 

Minggu ni minggu terakhir Ramadhan kalau nak shopping baju raya. Ada lagi yang belum di beli. Masih sempat. Boleh jer singgah mana-mana shopping mall kerana ada lagi peniaga yang menjual jualan mereka sehingga akhir Ramadhan. Untung-untung dapat diskaun lebih sempena hari-hari terakhir promosi.

Minggu Terakhir Ramadhan

Lauk Di Bazar Ramadhan

 

 Sedap Ke Lauk Di Bazar Ramadhan 

Minggu-minggu terakhir ni juga ramai dah tak kisah berbuka dengan menu apa sekalipun. Hati dah ingat nak balik kampung. Kalau dulu, semua nak berbuka best, nak cari buffet, nak cari lauk pauk special, tapi skang, berbuka dengan Mee Kari dan Laksa pun ok jer. Pasal selepas berbuka nak shopping lagi, cari pakaian raya yang belum habis beli.

Apapun jangan lupa, hari-hari terakhir ni juga lagi bagus kalau tambah amalan. Maklum la, Ramadhan hanya setahun sekali. Bulan yang penuh barakah ini, akan habis dalam masa beberapa hari jer lagi. Sambil kita kejar dunia, kita mesti juga kejar akhirat. Dok gitu?

Kalau ada masa, jom penuhkan masjid, surau, madrasah atau buat sendiri di rumah Solat Terawih dan juga Solat Witir. Mana tahu rezeki bertemu dengan Malam Lailatul Qadar. 

Salam Akhir Ramadhan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.