Site icon Travel Blogger Malaysia

Dan Singkhon Market Di Sempadan Thailand Myanmar

prachuap_khiri_khan_singkhon_border_06

prachuap khiri khan singkhon border 06

Satu lokasi yang jarang pengembara singgah kalau ke Prachuap Khiri Khan adalah pasar tani di tepi sempadan antara negara Thailand dan Myanmar (Burma). Lokasi ini dikenali sebagai Dan Singkhon Market dan ia merupakan pasar harian yang terletak di sebelah sempadan pintu masuk utama rakyat Myanmar ke Thailand dari wilayah ini untuk mencari peluang pekerjaan dan aktiviti perniagaan di sekitarnya.

 

Jika anda tinggal beberapa hari di Prachuap Khiri Khan dan cuaca yang baik, ambil peluang untuk ke Dan Singkhon Market ini. Pengalaman anda di sini, boleh menjadi perjalanan yang menarik untuk ke sempadan ke Myanmar.

 

Sempadan Singkhon ini dibuka sejak 8 Mei 2013, merupakan lintasan sempadan antara Thaialnd dan Myanmar dan pejabat imigresen kedua-dua negara telah dibina. Melalui pintu ini, rakyat Thailand dan Myanmar diberikan PASS sementara untuk mereka menyeberangi kedua-dua negara untuk urusan tertentu tanpa menggunakan Passport.

 

Tanpa menyeberangi sempadan Singkhon Pass ini, anda sebenarnya mempunyai peluang untuk melihat pemandangan indah pergunungan Tenasserim di Myanmar. Namun, jika ada kesempatan, anda boleh ke Myanmar tetapi dikiri-kanan anda cuma ada hutan dan trek laluan pejalan kaki.

 

Dan Singkhon Market 

 

Dan Singkhon Market Di Sempadan Thailand Myanmar

 

 

 

 

 

 

 

Perabot Kayu Yang Murah

 

 

Projek pembesaran dan pembinaan sempadan di Singkhon Pass ini adalah projek dari pihak Thailand dan semakin mengalami banyak perubahan kerana pihak Thailand sendiri berminat untuk memajukan kawasan sempadan ini termasuk dengan pembinaan pasar tani, ruang kedai untuk berniaga dan aktiviti perniagaan yang lain.

 

Dan Singkhon Market Sempadan Thailand Burma

Di Dan Singkhon Market ini, setiap hari ada pelbagai jualan termasuk pakaian, pokok bunga hutan, herba, makanan dan yang paling terkenal ialah Perabot Kayu yang berkualiti tinggi dari Myanmar dengan harga yang sangat murah. 

 

Sangat ketara apabila anda melihat budaya masyarakat Thaialnd dan Myanmar lebih-lebih lagi dari sosio-ekonomi mereka. Untuk info, rakyat Myanmar lebih miskin berbanding rakyat Thailand dan mereka kebanyakkannya berkerja sebagai petani dan bertukang di negara Thailand untuk menyara hidup.

 

Satu pengalaman yang tak mungkin MrJocko lupakan kerana di sempadan Singkhon ini, ia satu pengalaman baru yang sangat berbeza dari lokasi pelancong lain, tidak seperti di Sempadan Golok, Sempadan Serikin dan juga sempadan Padang Besar di Malaysia.

 

Exit mobile version