Site icon Travel Blogger Malaysia

Dapat Sponsor Smartphone Ninetology Model U9 X1

photo-1-744120

photo 1 744120

Semalam MrJocko singgah di Starbucks Midvalley untuk ambil 2 set smartphones tajaan Ninetology Malaysia. Dua set smartphones ini akan MrJocko review dalam masa seminggu. Model yang MrJocko dapat ialah Ninetology U9 X1 yang merupakan salah satu produk terbaru dari Ninetology Malaysia yang telah dilancarkan pada bulan Julai 2013.

 

Untuk set baru Ninetology U9 X1 ini di datangkan dalam kotak yang mempunyai :

1 unit Smartphone U9 X1

1 unit Bateri1 unit Charger

1 unit Cover Case (back)

1 unit Headphone

1 unit Screen Protector

1 unit User Manual

1 unit Warranty Card

 

Unit Ninetology U9 X1 yang MrJocko terima datang dalam warna hitam dan sudah punyai screen protector original. Ninetology U9 X1 mempunyai size skrin 4.8 inci dan skrin Super Amoled HD. Ia mempunyai kamera belakang dengan resolusi 13.0mp dan kamera hadapan 2.0mp. U9 X1 mempunyai video dan boleh merakam video dengan sokongan rakaman 720p.

Ninetology U9 X1 datang dengan Android 4.2 Jelly Bean dan Quad-Core Processor 1.2 GHz. Model U9 X1 ini mempunyai 1GB RAM dan internal storage 16GB. Jangan risau, anda boleh tambah extra ‘External Memory Card’ sehingga 64GB.

Cukup dulu untuk pengenalan produk Ninetology U9 X1. MrJocko dalam proses untuk review produk U9 X1 ini dan akan berkongsi dengan anda dalam masa dua tiga hari nanti. Tunggu review selanjutnya.

Glamorous MrJocko

 

Exit mobile version