Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia ATR 72-600

Ini kali ke 5 kalau tidak silap MrJocko menaiki penerbangan Garuda dengan pesawat kecil. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bali ke Bandar Udara Komodo (Labuan Bajo) kami menaiki pesawat Garuda Airlines. Nak kongsi beberapa gambar Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia ATR 72-600. Ia memang satu pengalaman yang terbaik.

Seingat MrJocko, view ketika terbang dari Bandar Udara Selangit ke Bandar Udara Kualanamu Medan juga menarik. Sepanjang perjalanan dapat lihat view Tasik Toba (Danau Toba)

Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia

Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia ATR 72-600

 

Naik sahaja mencecah ke udara, pemandangan di bawah memang menarik. Dari melihat tempat berlepas, Pulau Bali juga ada banyak pemandangan yang cantik. Habis merentas Bali, kami melihat kepulan awam yang cantik. 

Menakjubkan selepas itu kami melalui Pulau Lombok dan menyaksikan keindahan puncak Gunung Rinjani. Walaupun tidak nampak keseluruhan Mt Rinjani, tetapi ia cukup membuatkan MrJocko teruja. Kalau macam ni, tak perlu lagi nak daki trek bukit ini. Cukup lihat sahaja dengan penerbangan Garuda Airlines.

 

Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia
Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia ATR 72-60
Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia
Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia ATR 72-600

Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia Pemandangan Cantik Dari Pesawat Garuda Indonesia

 

Indonesia memang terkenal dengan keindahan lebih 17,500 buah pulau. Kebanyakkan pulau-pulau di Indonesia punyai tarikan pelancongan yang sangat unik dan berbeza dengan destinasi pelancongan Eco Tourism negara lain.

Tidak hairan kalau rakyat mereka sendiri tidak mampu untuk mengembara ke semua daerah negara itu kerana kedudukan lokasi yang agak jauh dan juga masalah perhubungan jaringan jalanraya yang belum meluas sepenuhnya.

Antara cara menikmati pemandangan terbaik di Indonesia ialah melalui pesawat. 

Untung kalau dapat berpeluang menaiki pesawat kecil dan ringan seperti ATR 72-600 Garuda Airlines ini kerana ia terbang lebih rendah berbanding pesawat Airbus A380 yang lebih besar. Bila lebih rendah, lebih peluang untuk penumpang dan pengembara melihat sendiri apa yang ada di bawah dengan lebih dekat dan jelas.

Ini hanya sebahagian pemandangan yang sempat MrJocko kongsi. Jika korang seroang yang lebih suka kepada kehidupan dasar laut, keindahan hutan Indonesia, flora dan fauna, semestinya banyak lagi yang boleh korang terokai di Indonesia. Wonderful Indonesia memang sesuai dengan apa yang ditawarkan oleh negara ini.

Jom cuti-cuti ke Indonesia dengan pakej pelancongan yang murah dan mudah. Lawati laman web rasmi Indonesia Travel untuk maklumat lanjut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.