• Tue. Oct 3rd, 2023

Darul Hana Musical Fountain Kuching Sarawak

darul-hana-musical-fountain-kuching-sarawak-01-copy-1

Ada yang menarik di Kuching Sarawak untuk anda semua kunjungi. Kalau sebelum ini, dibina Darul Hana Bridge (Jambatan Darul Hana), kini wajah Sungai Kuching di bahagian Kuching Waterfront akan lebih meriah dengan Darul Hana Musical Fountain Kuching Sarawak. Ia adalah tarikan terbaru di Kuching Waterfront.

Air Pancut Berirama Darul Hana Kuching ini akan menjadi satu lagi tarikan terbaru bandar raya Kuching dengan menjadikannya Musical Fountain yang pertama seumpamanya di Borneo.

Tarikan terbaru, Darul Hana Fountain ini dirasmikan sendiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke-7, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud sempena sambutan Ulangtahunnya ke-82.

Baca : Tempat Menarik di Negeri Sarawak

Darul Hana Musical Fountain Kuching Sarawak
 

Darul Hana Musical Fountain Kuching Sarawak

Darul Hana Musical Fountain Kuching Sarawak

Kredit Gambar : Sarawak Edition & Sarawak Borneo

Air Pancut Berirama Darul Hana ini terletak di tebing Sungai Sarawak berhadapan dengan Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, berhampiran Astana, berada di tengah pusat bandar Kuching.

Air pancut berirama Darul hana ini akan mengetengahkan tiga elemen iaitu air, muzik dan cahaya. Ia sesuatu yang baru di sini, pasti ia akan menarik lebih ramai pengunjung ke Kuching Waterfront.

Dengan perasmian ini, ia akan menjadi mercu tanda baharu Negeri Sarawak. Air Pancut Berirama Darul Hana akan dipasangkan dua sesi setiap malam dalam tempoh 15 minit bermula jam 7.30 malam dan 8.30 malam, beroperasi menggunakan teknologi terkini di atas pontun selebar 100 meter. Berkemungkinan, pada Ahad malam, akan ada tambahan kepada tiga sesi dengan persembahan ekstra pada jam 9.30 malam.

Lokasi Air Pancut Darul Hana Kuching ini terletak hanya bersebelahan dengan Jambatan Darul Hana, dan ia merupakan projek di bawah DBKU (Dewan Bandaraya Kuching).

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Sarawak

 

darul hana musical fountain kuching sarawak

darul hana musical fountain kuching sarawak

darul hana musical fountain kuching sarawak
 

Kalau sebelum ini, bila melawat di Kuching, antara aktiviti menarik di Kuching Waterfront ialah dengan menaiki teksi sampan, menaiki River Cruise dan juga makan-makan di gerai sepanjang Kuching Waterfront. Kini, tarik terbaru di Sarawak ini pasti akan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara untuk meneroka destinasi menarik di Sarawak.
 

Saksikan Video Pelancaran Darul Hana Musical Fountain Kuching Waterfront pada 14 Oktober 2018 oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke-7, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.

Kredit Video : 360TourAsia YouTube

Atas usaha ini, ucapan setinggi Tahniah kepada semua dan Tahniah Tourism Sarawak

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.