Datuk Sudirman Hj Arshad : Idola Sejak Kecil
|Dia la Idola aku sejak kecik lagi. Datuk Sudirman Hj Arshad
Smlm, Arwah Sudir dapat title “Datuk” dr Sultan Pahang. Selepas 17 tahun dia meninggalkan kita, baru skang dapat Datuk.
Zaman aku budak2 dulu tak ramai penyanyi cam skang. Ader AF, OIAM, MENTOR, LG STAR dan macam2 lagi. Aku mula mengenali lagu Sudir ni bermula dgn “Gerimis Di Lautan”. Masa tu cousin aku (yg 10 tahun lagi tua dr aku) bgtau yg aku slalu nyanyi lagu tu dlm version pelat aku. Umur sekitar 5 tahun blum sekolah lagi. Sampai skang, kalau balik kampung cousin aku yg lain akan duk sindir aku dgn lagu tu.

“Apollo una tak udi, una tak udi,” sila nyanyi dgn irama lagu “Aper lah guna ke bendang, padi seberang, takkan menjadi”
Meningkat dewasa, lagu2 sperti Basikal Tua, Pelangi Petang, Chow Kit Road, Punch Card, dan byk lagu dia memang best. Paling berhantu lagu Salam Terakhir.
Paling aku rasa rugi bila Arwah Sudir hanya berlakon 1 filem jer, KAMI. Rasa tak puas plak. Byk kali tgk citer KAMI, aku pun naik bergenang air mata. Hehehe, sedih siot.

Aper pun, Arwah Sudir tetap tak der pengganti. Kemenangan di Royal Albert Hall London, memang takder saper dah bleh lawan beliau.
![]() |
Sudirman_Hj_Arshad |
Antara logo yg menjadi inspirasi aku time sekolah rendah. Aku pun dulu kartunis jugak,,, skang jer low profile…
AlFatihah