David Foster New Global Ambassador Untuk AirAsia
|David Foster New Global Ambassador yang baru mewakili jenama AirAsia. Pengumuman secara rasmi ini, diumumkan sendiri oleh Group Chief Executive Officer AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Pemilihan David Foster, pemenang 16 kali Grammy Awards adalah satu pemilihan yang tepat dan menjadikan jenama AirAsia semakin ‘Premium’ bersama jenama David Foster yang sememangnya sudah mempunyai kualiti personaliti antara yang terbaik di dunia.
“AirAsia antara jenama terbaik dengan cerita kejayaan yang menarik. Saya gembira berkerjasama dengan AirAsia sebagai jenama Premium dan tidak sabar untuk kerjasama ini untuk di masa-masa yang akan datang” ujar David Foster.
David Foster for AirAsia
David Foster New Global Ambassador Untuk AirAsia
Tan Sri Tony Fernandes sendiri mengakui bahawa David Foster antara rakan lama beliau. Beliau juga tidak sabar untuk berkerjasam dengan Duta Global baru ini untuk tawaran-tawaran Premium. Sebagai contoh, Premium Flex yang menawarkan fleksibel kembara, value for money dengan 20kg bagasi, in-flight meal, sehingga 2 kali tukar flight, pilihan tempat duduk, priority baggage, priority check-in dan perlepasan.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan terbaru dari AirAsia, sila layari laman web www.airasia.com , Fanpage www.facebook.com/AirAsia dan Twitter @AirAsia
