Day 1 Trip Incheon ke PyeongChang Korea. Pagi tadi kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Selepas sarapan di Best Western Incheon, kami satu rombongan terus bergerak ke destinasi pertama iaitu bangunan 63 Building. Kat sini kami masuk sekali ke Akuarium, 63 Wax Museum dan juga SkyArt Gallery di tingkat 60 Bangunan 63 Building di Seoul.
Selepas tu kami ke Itaewon, singgah untuk makan tengahari di Restoran Usmania, salah satu restoran Turki dan halal di Itaewon ini. Kami sempat solat Jamak di Masjid Utama Seoul ini dan kemudian meneruskan perjalanan.
Kami sampai di Lotte Premium Outlet sekitar jam 3.00pm waktu Korea dan pusing jalan-jalan tengok butik-butik yang ada di Lotte Premium Outlet Seoul ini. 2 jam kemudian kami bergerak ke PyeongChang.
Trip ke PyeongChang Korea Selatan
Selepas sejam lebih, akhirnya kami selamat sampai di puncak Alpensia dan kini menginap di Hotel Holiday Inn Alpensia Ski Resort di PyeongChang ini. Memenatkan tetapi sangat best. Cuaca memang masih sejuk dengan suhu sekitar 10° – 15° celsius, berkabus dan memang sejuk. Memang best ditambah dengan kemudahan penginapan hotel 5 Bintang.
Esok dah nak kembali Seoul untuk trip 3 malam seterusnya. Malam ni sempat la jalan-jalan di pinggir hotel sekitar Ski Resorts sebelum balik esok hari ke Seoul, Korea. Tunggu cerita di Seoul yer…
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
ya kami 3 beranak nk kesane pada 10/-01/2915.cuma saya tk tau nk ke hotel je .saya call hotel ,dia kata hotel tk buat trasport service .saya akan sampai kt airport jam 8 pagi seoul.
asalam nk taya dari airport inchoen nk ke holiday in peyongchang ,ada transport bas tk nk kesana
ada tuan @kamaruzaman, tetapi perjalanan memang jauh, memakan masa hampir 5 jam. Jadi kalau nak ke sana, better booking awal
TQ
nk booking kt mane tuan.
ya kami 3 beranak nk kesane pada 10/-01/2915.cuma saya tk tau nk ke hotel je .saya call hotel ,dia kata hotel tk buat trasport service .saya akan sampai kt airport jam 8 pagi seoul.
Salam Tuan,,, maaf banyak2 sebab, saya bukan dari Travel agent. Dari Incheon tuan boleh ambil LRT / Train menuju Seoul
TQ