Site icon Travel Blogger Malaysia

Company Trip Day 1 Trip Incheon Ke PyeongChang Korea

Day 1 Trip Incheon ke PyeongChang Korea. Pagi tadi kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Selepas sarapan di Best Western Incheon, kami satu rombongan terus bergerak ke destinasi pertama iaitu bangunan 63 Building. Kat sini kami masuk sekali ke Akuarium, 63 Wax Museum dan juga SkyArt Gallery di tingkat 60 Bangunan 63 Building di Seoul.

Selepas tu kami ke Itaewon, singgah untuk makan tengahari di Restoran Usmania, salah satu restoran Turki dan halal di Itaewon ini. Kami sempat solat Jamak di Masjid Utama Seoul ini dan kemudian meneruskan perjalanan.

Baca : Plan Halal Muslim Untuk Ke Trip Korea

incheon ke pyeongchang

 


Trip Incheon Ke PyeongChang Korea

incheon-ke-pyeongchang-01
Incheon Ke Pyeongchang


 

Kami sampai di Lotte Premium Outlet sekitar jam 3.00pm waktu Korea dan pusing jalan-jalan tengok butik-butik yang ada di Lotte Premium Outlet Seoul ini. 2 jam kemudian kami bergerak ke PyeongChang.
 

Trip ke PyeongChang Korea Selatan

Selepas sejam lebih, akhirnya kami selamat sampai di puncak Alpensia dan kini menginap di Hotel Holiday Inn Alpensia Ski Resort di PyeongChang ini. Memenatkan tetapi sangat best. Cuaca memang masih sejuk dengan suhu sekitar 10° – 15° celsius, berkabus dan memang sejuk. Memang best ditambah dengan kemudahan penginapan hotel 5 Bintang.

Esok dah nak kembali Seoul untuk trip 3 malam seterusnya. Malam ni sempat la jalan-jalan di pinggir hotel sekitar Ski Resorts sebelum balik esok hari ke Seoul, Korea. Tunggu cerita di Seoul yer…

 

Ini adalah entry LIVE UPDATE

 

Exit mobile version