Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Day 5 : Hari Terakhir di Korea, Masa Untuk Pulang

Day 5 : Hari Terakhir di Korea
Hari Isnin, hari terakhir kami di Korea. Sekejap rasanya, tiba-tiba dah nak balik Malaysia. Belum puas lagi lepak kat Seoul, kalau dapat stay seminggu lagi kan bagus. Tapi apakan daya, nak bayar bilik hotel ni lagi seminggu mahu rabak sakan. Grand Ambassador Seoul ini antara hotel 5 bintang di Seoul, Korea Selatan. Harga untuk Deluxe Room sekitar RM700 ke atas untuk penginapan 2 hari 1 malam.
Kami check out dari bilik jam 10.30am waktu Korea dan menuju ke lokasi shopping terakhir, kedai menjual cenderahati dan juga seaweed berdekatan dengan Incheon Airport. Kat sini memang ada jual macam-macam dari makanan sehingga ke alat elektronik.
MrJocko sempat beli sikit sahaja untuk habiskan saki baki duit Korean Won yang tinggal. Dapat la beli pencuci muka dan juga seaweed untuk dibawa pulang.
Untuk trip 6 hari 4 malam di Korea kali ini tahun 2014 antara percutian terbaik. Paling best bila dapat pengalaman naik subway ke Nami Island. Perjalanan 2 jam itu akan MrJocko kongsi nanti di Blog dan juga Majalah Libur.
Nak rehat dulu, penat baru sampai dari KLIA 😉
Ini adalah entry LIVE UPDATE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.