Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Desa Wisata Tomok Pulau Samosir Kampung Batak Tradisional

Kalau disebut nama Batak, zaman dulu mungkin agak seram bagi sesetengah orang di Malaysia. Apa yang tergambar, orang Suku Kaum Batak ni jenis yang makan orang. tu cerita dulu. Cerita sekarang, sudah lain. Ini dia pengalaman MrJocko berada di Desa Wisata Tomok Pulau Samosir Kampung Batak Tradisional di Danau Toba.

Di Pulau Samosir, yang terletak di dalam lingkungan Danau Toba, dihuni oleh ramai penduduk asli tempat ini dikenali sebagai Batak Toba. Suku Kaum Batak ini antara penduduk terawal di kawasan ini dan punyai sejarah yang tersendiri.

Baca : Pasar Buah Berastagi Medan Indonesia

 


Desa Wisata Tomok Pulau Samosir Kampung Batak Tradisional

Desa Wisata Tomok Pulau Samosir Ada Seribu Rahsia Tersurat
 

Untuk informasi, kalau di Pulau Samosir ini, hampir 99% penduduk di sini beragama Kristian. Ia adalah hasil dari ‘missionary’ dari Pendakwah Jerman satu masa dulu. Pun begitu, sebahagian dari budaya lama dan adat keturunan Suku Kaum Batak masih lagi diamalkan di sini.

Antara yang unik ialah kisah cerita kehebatan perang Kaum Batak dan juga rumah tradisional mereka yang diberi nama ‘Jabu’ atau ‘rumah Bolon’. 

 

Desa Wisata Tomok Pulau Samosir Ada Seribu Rahsia Tersurat Desa Wisata Tomok Pulau Samosir Ada Seribu Rahsia Tersurat Desa Wisata Tomok Pulau Samosir Ada Seribu Rahsia Tersurat

 

Sekali lihat, rumah tradisional suku Kaum Batak Toba ini nak sama dengan rumah tradisi orang Indonesia lain. Tetapi kedudukan pintu utama, bentuk bumbung yang tinggi dan tajam serta corak yang dibuat di dinding rumah orang Batak punyai maksud dan juga nilai tradisi tersendiri.

Sebagai contoh, kebanyakkan kraf tiang disekitar rumah dan kawasan Tomok Pulau Samosir ada corak kraf berbentuk 4 payudara wanita dan juga kraf berbentuk Cicak. 4 payudara wanita memberi maksud lambang kehidupan, kesucian, kasih sayang dan kesuburan. Bagi suku kaum batak, wanita yang mempunyai payudara yang besar adalah lebih cantik dan subur untuk dikahwini.

Bentuk Cicak pada kraf kayu suku Kaum Batak memberi maksud bahawa kebiasaan orang Batak yang boleh hidup di mana-mana dan di dalam apa-apa keadaan dengan mudah. Katanya cicak pandai dalam ‘melekat’ di mana-mana keadaan dan mudah hidup di mana-mana situasi.

 

Desa Wisata Tomok Pulau Samosir Ada Seribu Rahsia Tersurat

 

Satu lagi yang menjadi tarikan pelancong ialah Sejarah Makam Raja Sidabutar di Pulau Samosir. Beliau adalah raja yang punyai Kesaktian di kalangan Suku Kaum Batak Toba dan dikuburkan di sini dengan ditutup dengan Batu Berukir Muka Beliau.

Ada 3 raja yang di Makam kan di sini. Dua darinya tiada agama dan raja terakhir dikatakan memeluk agama Kristian.

 

Desa Wisata Tomok Pulau Samosir Ada Seribu Rahsia Tersurat

 

Ada banyak lagi yang menarik dengan sejarah Pulau Samosir dan juga cerita Raja Sidabutar Suku Kaum Batak Toba ini. Ada info lain yang pernah MrJocko tulis tentang Pulau Samosir. Baca di sini : http://www.mrjocko.com/2015/08/my-medan-trip-3-explore-samosir-island-at-lake-toba.html

Kalau nak baca tentang Pulau Samosir, boleh rujuk di rujukan ini https://id.wikipedia.org/wiki/Pulau_Samosir

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.