Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Desaru Fruit Farm Umpama Syurga Buahan Di Desaru Johor

Umpama syurga buah-buahan, begitulah yang boleh MrJocko gambarkan tentang lokasi pelancongan yang menjadi pilihan ramai di Desaru Fruit Farm Johor sejak beberapa tahun yang lepas. Ladang buahan serta destinasi pelancongan unik ini menjadi tumpuan ramai pelancong luar dan dalam Malaysia kerana kualiti yang mereka tawarkan serta produk yang pelbagai.

Untuk kaki makan buah-buahan, ini tempat yang mesti anda singgah jika ke Desaru, Johor. Nak sebutkan satu persatu, memang tak cukup senarai untuk MrJocko kongsi senarai buah, herba, sayuran dan pelbagai pilihan tanaman yang boleh anda jumpa di sini, Desaru Fruit Farm Johor. Kebanyakkannya adalah buah-buahan tempatan, Malaysia.

Baca : Tempat Makan Menarik Untuk Anda Cuba

Desaru Fruit Farm Umpama Syurga Buahan Di Desaru Johor

Desaru_Fruit_Farm
 

Terletak di kawasan Kota Tinggi, ia sekitar 1 jam pemanduan dari bandar Johor Bahru. Untuk ke Desaru Fruit Farm ini, anda boleh menggunakan Jalan Kota Tinggi – Pengerang atau Lebuhraya Senai Desaru yang baharu. Mudah sahaja kalau nak ke sini. Lagipun, ada banyak hotel sekitarnya.

Teringin nak makan buah apa? Boleh katakan hampir semua buah yang popular di Malaysia ada di sini. Jambu Mawar, Pisang, Mangga, Belimbing, Durian, Dragon Fruit, Nangka dan macam-macam la. Kalau ke sini, mesti semua anda nak cuba.
 

desaru fruit farm desaru fruit farm desaru fruit farm desaru fruit farm
 

Selain dari buah-buahan, kat sini juga ada aktiviti sampingan yang boleh anda ikut. Samada nak cuba main Go-Kart ala kampung, Abseiling dan juga beberapa aktiviti farm Tour yang dikendalikan oleh pihak ladang. Menarik lagi, kalau anda bernasib baik, boss besar sendiri akan turun bersama anda untuk melakukan Farm Tour.

Nak bermalam di kawasan ini, mereka ada buat tawaran pakej penginapan dengan harga berbaloi dan murah dengan hotel-hotel berdekatan. Untuk menu makan tengahari dan makan malam, mereka juga punyai ramai tukang masak untuk menyediakan menu makanan sedap sehingga beratus-ratus orang. Boleh kata semua ada di sini.

Erm,,, rasanya kalau buat Team Building dan Sesi Motivasi kat Desaru Fruit Farm ni best jugak.
 

desaru-fruit-farm-johor-07 desaru-fruit-farm-johor-08 desaru-fruit-farm-johor-09

desaru-fruit-farm-johor-06 desaru fruit farm

desaru-fruit-farm-johor-12

desaru-fruit-farm-johor-13

 

Banyak lagi yang pasti menarik boleh anda teroka di Desaru Fruit Farm. Maklumat lanjut boleh di dapati di laman web www.desarufruitfarm.com. 

Waktu operasi di sini dibuka setiap hari dan sepanjang musim. Bermula seawal 8.30 pagi sehingga jam 6.30 petang untuk sesi ladang. Jangan risau, anda boleh singgah untuk makan malam di sini dengan menu yang pelbagai.

Best layan trip kali ini di Desaru Fruit Farm semasa Johor Media Race 2016.

Layari Tourism Johor untuk maklumat lanjut tentang Pelancongan di Johor.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.