Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Di Johor

Sudah beberapa kali ke sekitar Bandar Penawar dan Mersing, sekali sahaja singgah bermalam di hotel bajet sekitar Desaru. Kini, destinasi pantai di Desaru kembali dikenali dengan pelbagai tarikan destinasi pantai yang cantik serta beberapa hotel baru yang diubahsuai, termasuk Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort yang terletak betul-betul di tepi pantai Desaru, Johor. Ini Review Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort.

Pantai Desaru yang sejak dulu menjadi tarikan pelancong tempatan, kini akan menjadi pilihan pelancong asing sebagai daya tarikan baru untuk mereka dalam peta pelancongan negeri Johor Darul Takzim, negeri Harimau Selatan. Syabas kepada usaha berterusan oleh pihak Tourism Johor.
 

Baca : Tempat-tempat Menarik di Johor Darul Takzim – Tourism Johor

 


Hotel Review Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Di Johor

Review_desaru_tunamaya_resort

 

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort

Hotel yang telah diubahsuai ini kini dikenali sebagai Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort, terletak di persisir pantai Desaru dan menyediakan pakej bilik yang bersesuaian untuk semua. Dengan pilihan sekitar 134 bilik, bermula dari bilik Super Twin sehingga bilik VVIP Royal Suite, anda mempunyai citarasa tersendiri di samping dengan kemudahan ruang makan, cafe, bilik permainan, servis bilik 24 jam, kolam mandi dan banyak lagi. 

Tidak hanya punyai kemudahan untuk dalam hotel, anda juga boleh memilih untuk bersantai di SPA hotel serta aktiviti air di depan hotel. Tak da la boring sangat kalau singgah bercuti di Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort ni.

 

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru_Tunamaya_Resort_Johor_02 Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort
 

MrJocko sendiri berpengalaman menginap semalam di Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Johor ini. Ruang bilik memang luas dan selesa, susun atur agak menarik dan hiasan adalah berada di dalam tahap sederhana. Yang menarik di sini, semua bilik menghadap pantai dan ia satu kelebihan untuk semua.

Ruang pintu menghadap pantai memang di letakkan sliding door dan ia memang memukau pandangan jika menunggu waktu pagi, melihat matahari terbit.

Dengan harga bilik di Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort bermula dari RM238 untuk 2 orang, ia antara tawaran yang agak berbaloi untuk hotel dan kemudahan yang disediakan. Ia lebih kepada percutian keluarga dan anda pasti akan selesa di sini.
 

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort
 

Lokasi hotel ini sebenarnya tidak la jauh dari bandar Penawar dan beberapa lokasi menarik di Desaru. Ada banyak kedai serbaneka, restoran dan beberapa lokasi tarikan pelancong untuk anda singgah. Untuk pakej 3 hari 2 malam di sini, bersama keluarga santai dan menikmati keindahan pantai, adalah satu masa terbaik untuk anda cuba sekali sekala.

MrJocko puas hati singgah dan bermalam di sini. Menu sarapan pagi juga agak menarik dan semestinya banyak pilihan. Kalau ada peluang, boleh singgah lagi kat sini untuk pengalaman bercuti di Desaru, Johor.
 

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Johor
 

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort Johor

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.