Bagi kanak-kanak dan remaja perempuan, trend gelang getah warna-warni yang diberi nama Rainbow Loom atau Loom Bands kini menjadi sebutan dan fesyen terkini kanak-kanak khususnya kanak-kanak perempuan. Ramai yang semakin teruja melayan gelang getah warna-warni Loom Bands ini, tak kira yang masih kecil atau remaja belasan tahun.
Anak-anak MrJocko, Khalish dan Hasya juga dah macam suka sangat dengan gelang getah warna warni Loom Bands ni. Mula-mula beli terus diorang belajar buat design loom bands yang basic. Cantik.
Lepas buat gelang getah warna warni, masing-masing jual kat sekolah dan dapat jual lebih dari 5pcs seorang. Hahaha,,, Kalau satu dijual RM0.50, maknanya mereka dapat kumpul RM2.50 seorang. Lepas la buat makan hari tu. Hahaha!!!
Untuk yang nak lihat contoh design gelang getah warna-warni Loom Bands ini, banyak yang dikongsi di laman web dan juga blog. Anda boleh belajar buat Loom Bands single, double malah sampai beberapa lapis dan cantik.
Getah Warna Warni Loom Band
Design Getah Warna Warni Loom Band Yang Cantik
Untuk anda yang nak lihat design cantik gelang getah warna-warni Loom Bands, boleh layarai laman web ini atau cari di YouTube :). Ada banyak video dan tutorial cara bagaimana nak buat getah berwarna warni ini dan pelbagai rekaan yang cantik ada di dalam YouTube.
Samada nak 2 lapis, 3 lapis, 4 lapis dan hingga berlapis-lapis, semunya ada di kongsi di YouTube. Belajar dan sekejap sahaja anak anda akan pandai buat benda Loom Band ini.