Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menjejak Destinasi Halal Muslim Di Kaohsiung Taiwan

Saya kembali lagi ke Kaohsiung. Pertama kali sampai di bandar Kaohsiung, November 2014. Kali ini, MrJocko di jemput lagi untuk mempromosikan destinasi Halal Muslim di Kaohsiung, Taiwan. Untuk pengalaman kembara ke Kaohsiung kali ini, kami akan teroka bandar-bandar sekitar Kaohsiung seperti di Alishan, Chiayi, Tainan dan kembali ke Kaohsiung.

Kalau diikutkan banyak lagi produk pelancongan yang boleh dijual di Taiwan, bukan sahaja pemandangan, malah budaya, sejarah dan produk lain Taiwan banyak yang punyai nilai komersil pelancongan yang tersendiri.

Baca : Tempat Menarik Di Kaohsiung Taiwan

Destinasi Halal Muslim di Kaohsiung

Destinasi Halal Muslim Di Kaohsiung

 

Taiwan memang kaya dengan pelbagai produk pelancongan, samada berada di Taipei bahagian utara atau turun ke bawah bahagian selatan membawa ke bandar Kaohsiung. Setiap sudut negara Taiwan ada pelbagai tarikan tersendiri yang boleh anda kunjungi.

Baca sini Halal Expo Taiwan https://www.halalexpo.com.tw

Destinasi Halal ke Kaohsiung Trip_ke_Kaohsiung_02 Destinasi Halal ke Kaohsiung

Mungkin ramai yang masih belum terbuka mata untuk melancong ke Taiwan kerana bimbang tentang destinasi halal. Itu semua pandangan lama tentang negara Taiwan. Ternyata kini sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak produk halal dan inisiatif dari pihak Muslim mempromosikan destinasi halal di Taiwan. Oleh itu, dapatkan info pakej percutian muslim Taiwan di Blog MrJocko ini.

Percutian ke Taiwan

Trip_ke_Kaohsiung_04 Trip_ke_Kaohsiung_05Destinasi Halal ke Kaohsiung Trip_ke_Kaohsiung_07 Destinasi Halal Muslim Di Kaohsiung

Destinasi Halal Taiwan

Untuk menjejak Destinasi Halal Di Kaohsiung Taiwan, MrJocko dan beberapa rakan dari Travel Agensi di Malaysia, sama-sama merasai sendiri pengalaman melancong di Kaohsiung bersama destinasi halal dibawah kelolaan pihak Biro Taiwan Tourism. Ada banyak lokasi halal, hotel friendly muslim, restoran yang mesra muslim dan juga makanan muslim ada dijual di Taiwan.

Dari bahagian atas, Taipei hingga ke bahagian bawah ke Kaohsiung, kami didedahkan dengan destinasi menu Halal Muslim Taiwan untuk dikongsi dengan pembaca blog di Malaysia.

Untuk itu, bagi anda yang mencari info, maklumat, pakej muslim dan tentang pelancongan halal serta destinasi tempat menarik di Taiwan, boleh tunggu dan baca entry di blog Travel Blogger MrJocko ini nanti untuk panduan dan cadangan perjalanan anda melancong ke Taiwan. InsyaAllah, banyak yang boleh MrJocko kongsi tentang melancong ke Taiwan mengikut cara orang Muslim.

Tunggu…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.