Destinasi Cuti Kami Februari 2012 Ialah Saigon
|Last week, cuti sempena maulidur Rasul dan Thaipusam, cuti panjang, kami duk rumah dan pusing-pusing KL sajer. Tak nak ke mana-mana. Simpan duit.
This week, kami ke Ho Chi Minh atau Saigon di negara Vietnam. Yeay!!!
Memandangkan ini entry auto publish, masa ni lepas Jumaat kami dah bersiap-siap nak ke LCCT. Aku, wife dan anak-anak nak tengok negara Vietnam pulak. Nak tengok kesan sejarah perang dunia kedua yang masih ada kat sana.
So far, apa yang kami plan cuma nak ke Ben Thant Market, Binh Tay Market, Chu Chi Tunnels dan jugak ke Saigon River Cruise untuk merasai pengalaman makan malam menyusuri Sungai Saigon.
![]() |
Ben Thant Market |
![]() |
Binh Tay Market |
![]() |
Chu Chi Tunnels |
Kalau Ben Thant dan Binh Tay Market, of course la untuk shopping. kalau chu Chi Tunnels tu, nak tengok peninggalan sejarah terowong yang di gunakan di sini semasa Perang Dunia dahulu.
![]() |
River Cruise Dinner |
Yang satu lagi ni, sessi makan malam kat Saigon River Cruise menyusuri Sungai Saigon. Nampak menarik kan? Tapi yang ni tau tau jadi ke tak. Pasal aku tengok harga published kat internet mahal nak mampus. Untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak harga cecah USD159 atau pun RM480. Adehhh!!! Mahal yang amat.
Tengok la dulu, kalau ada yang murah, aku join la naik cruise. Kalau mahal, tengok jer la.
Doakan kami selamat pergi dan balik yer, Amin.
MrJocko.com