Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Destinasi Paling Menarik Di Melbourne Kempen #VisitMelbourne

Pertama kali melancong ke Melbourne, terus terasa sesuatu yang lain dari yang lain. Banyak yang menarik dan berbaloi untuk diterokai di Victoria Australia ini. Bukan hanya terkenal dengan pusat pembuatan dan kopi terbaik di dunia, di sini ada banyak lagi Destinasi Paling Menarik Di Melbourne Kempen #VisitMelbourne, yang boleh pelancong terokai.

Kalau sebelum ini, ramai yang hanya menerokai keunikkan pusat bandar Melbourne. Tapi, kini ramai pelancong lebih terdorong untuk keluar jauh dari kesibukkan kota untuk melihat sendiri keindahan Melbourne yang sebenar. Banyak tempat menarik di Melbourne, kini mereka ditawarkan lebih banyak destinasi menarik kepada semua pelancong yang akan tiba di lapangan terbang Avalon Airport.

Baca : Tempat Tempat Menarik di Melbourne Australia

 


Destinasi Paling Menarik Di Melbourne Australia


 

Destinasi Menarik di Melbourne Kempen Visit Melbourne
 

MrJocko sempat mengunjungi kempen #VisitMelbourne di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini bersempena dengan IN-Festival 2018.

Antara aktiviti utama MrJocko di sini adalah menghadiri kelas membuat kopi ‘Australian Coffee’ yang terkenal. Ketika festival ini, turut disertai oleh barista hebat, Jason Loo, Keith Koay dan juga Shaun Liew. Sesi kali ini, mereka berkongsi cara membuat kopi mengikut acuan peminat kopi dan termasuk mempersembahkan seni dekorasi Coffee Latte Art, Bengkel Masterclass mereka.
 

Kempen Visit Melbourne Rasai Coffee Australia 03

Kempen Visit Melbourne Rasai Coffee Australia #VisitMelbourne
 

Baca : Visit Melbourne

Selain dari pilihan kopi terbaik citarasa Australia, pengunjung diberikan informasi tentang Victoria Australia, termasuk dalam kempen #VisitMelbourne. Banyak hadiah menarik di sini dengan perkongsian informasi tentang destinasi paling menarik di bawah kendalian Victoria Tourism.

Antara yang wajib lawat kalau ke Victorian, lawati keindahan tebing tinggi berpantai di Twelve Apostles, pemanduan yang sangat menarik sepanjang lokasi Great Ocean Road, laluan pejalan kaki unik di Geelong bollard dan juga acara sukan menarik seperti Cadel Evans Cycling di The Bellarine Peninsula pada awal tahun.
 

destinasi paling menarik melbourne Twelve Apostles
Twelve Apostles
destinasi paling menarik melbourne great ocean road
Great Ocean Road
destinasi paling menarik melbourne Geelong bollard
Geelong Bollard

destinasi paling menarik melbourne Cadel Evans Cycling
Cadel Evans Cycling Melbourne

 

Paling ramai pelancong Malaysia, kalau ke Melbourne pasti akan mencuba pengalaman memandu di sepanjang Great Ocean Road. Kalau nak sewa kereta di Australia, boleh ikuti pengalaman MrJocko di sini.

Mungkin ramai lagi nak baca apa lagi tempat menarik di Melbourne. Jangan segan silu, boleh baca pengalaman MrJocko bercuti di Melbourne di pautan ini MrJocko Melbourne.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.