Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Detective Conan Bukan Versi Kartun

Siapa yang tak kenal Detektif Conan??? Pernah tengok cerita kartun kanak-kanak ini? Siri kartun penyiasatan Detektif Conan yang mana watak utama adalah Conan atau Shinichi Kudo, Ran dan Penyiasat Persendirian Yogorou Mouri, (The Sleeping Kogoro)
Selalu korang boleh tengok cerita ni kat TV3 atau juga di saluran Ceria Astro. Tapi hari ni, aku baru tau yang siri penyiasatan ini sudah ada versi drama dan bukan kartun seperti biasa.
Penyiasat Terkemal, Yogorou Mouri

Dalam watak drama Detektif Conan ni, watak yang di tunjukkan juga menyerupai watak kartun asal cerita Detektif Conan. Ada watak Encik Mouri, the sleeping Kogoro, ada Ran Mouri dan semestinya watak Shinichi Kudo atau Conan.
Cuma dalam cerita ni, Conan sudah dewasa, tidak seperti watak kanak-kanak dalam cerita kartun asal. Pun gitu, olahan cerita, penyampaian, kes, kelakar dan unsur-unsur suspen masih sama. Kalau cam kita yang dan tua bangka, boleh tengok cerita Detektif Conan ni. Kalau tengok kartun nanti orang ingat kita ni kebudakkan… 🙂
Nanti korang boleh cuba saksikan drama penyiasatan ini, setiap Sabtu, jam 11.30pagi di saluran TV3. Selamat Menonton.

Conan dan Ran

Conan (Shinichi Kudo) yang dah dewasa

MrJocko.com

Tags:, ,

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.