Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Di Mana Posisi Anda Sebagai Seorang Pekerja?

Sekiranya anda bekerja dalam sesuatu organisasi di sebuah syarikat, kebiasaannya syarikat tersebut terdiri dari seorang leader seperti Chief Executive Officer, General Manager, Manager, Supervisor, Executive, Clerk dan seterusnya Despatch. Ini antara jawatan-jawatan yang ada dalam sesebuah syarikat.
Dalam masa bekerja, akan ada wujud interaksi secara langsung atau tidak langsung diantara staff bawahan dengan staff bahagian pengurusan. Di sini kadang-kadang berlakunya konflik atau permasalahan timbul bila sesetengah orang bawah menganggap orang atas menindas mereka dan orang atasan menganggap orang bawahan malas kerja dan tidak berguna.
Ia mungkin satu krisis atau ‘politik di pejabat’ dan nampak seperti biasa, tetapi kadang-kadang ia sebenarnya akan memburukkan rangkaian organisasi kerana staff tidak akan dapat berkerjasama dengan baik kerana sentiasa mempunyai prasangka terhadap satu sama lain.
Jika kita berada di dalam satu organisasi syarikat, anggap kita semua sebagai satu kumpulan pasukan bolasepak. Di mana di dalamnya mempunyai  Penjaga Gol, Pertahanan, Pemain Tengah dan juga Penyerang. Dalam sesuatu keadaan, ramai yang menganggap penyerang adalah pemain yang utama dalam satu pasukan bolasepak, sedangkan sebenarnya, tanpa penjaga gol, pertahanan dan pemain tengah, penyerang tidak mungkin akan dapat menjaringkan gol.
Setiap posisi pemain atau jawatan di dalam satu organisasi mempunyai peranan yang tersendiri walaupun kita melihat ia sebagai posisi yang kecil. Mana mungkin bos dapat mendapat tender yang bagus sekiranya budak Despatch tidak menghantar Surat Tender dalam tempoh yang di tetapkan. Mana mungkin kerani atau pekerja lain mendapat imbuhan gaji, sekiranya boss tidak membuat keputusan perniagaan yang bagus dalam memastikan syarikat mendapat keuntungan.
Oleh sebab itu, hargai dan hormati posisi atau bidang kerja rakan-rakan kita, kerana mereka juga mempunyai peranan yang penting dalam memajukan syarikat, walaupun mereka hanya seorang kerani atau tukang sapu. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.