Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

DIGI & RAKU bawa ‘negaRAKU@HardRockCafeTour’ sempena Merdeka

Digi Malaysia dan Raku, perkhidmation ‘streaming’ digital milik Astro Radio, telah mengumumkan kerjasama bagi mempersembahkan barisan pemuzik dan band tempatan terbaik negara untuk beraksi secara langsung di seluruh Malaysia demi menyemarakkan lagi pentas negaRAKU@HardRockCafe Tour 2015.

Kerjasama itu, yang akan membariskan sepuluh pemuzik tanahair, akan membuat persembahan di empat lokasi Hard Rock Café di seluruh negara – Melaka (9hb Ogos), Pulau Pinang (16hb Ogos), Kota Kinabalu (23hb Ogos) and Kuala Lumpur (6hb September). 

“RAKU menawarkan sesuatu yang unik untuk pelanggan dengan menggabungkan beberapa artis antarabangsa dan tempatan. Justeru itu, di atas faktor ini jugalah kami melihat kolaborasi di antara Digi dan Astro mempunyai potensi besar untuk memartabatkan industri muzik melalui platform baru dan pada masa yang sama menawarkan keunikkan apabila menawarkan perkhidmatan ini melalui penstriman digital”, kata Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Christian Thrane.

DIGI & RAKU bawa ‘negaRAKU@HardRockCafeTour’ sempena Merdeka

negaRAKU_Hard_Rock_Cafe_Tour_2015

DIGI and RAKU negaRAKU@HardRockCafe Tour
Chan May Ling, Head of Marketing Services, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Jake Abdullah, Chief Executive Officer, Astro Radio, dan Jayaram Nagaraj (Junior), Head of Digital Sales, Astro Radio di majlis pelancaran negaRAKU@HardRockCafe Tour,
DIGI and RAKU negaRAKU@HardRockCafe Tour 2015
Artis tempatan seperti Bil Musa, dan termasuk ahli kumpulan Dragon Red, Pretty Ugly, Tres Empre, dan Love Me Butch bersama Chan May Ling, Head of Marketing Services, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Jake Abdullah, Chief Executive Officer, Astro Radio, dan Jayaram
DIGI and RAKU negaRAKU@HardRockCafe Tour 04
Bil Musa

negaRAKU_Hard_Rock_Cafe_Tour_2015 DIGI and RAKU negaRAKU@HardRockCafe Tour 05

Barisan Artis Tempatan Yang Akan Menyertai ‘negaRAKU@HardRockCafeTour’ sempena Merdeka

Melaka August 9th (Hard Rock Cafe Melaka)

  • Bittersweet
  • Massacre Conspiracy
  • Tres Empre
  • Plaque of Happiness X
  • Bil Musa

Penang August 16th (Hard Rock Cafe Penang)

  • Bittersweet
  • Massacre Conspiracy
  • Tres Empre
  • Dragon Red
  • Bil Musa

Sabah August 23rd (Hard Rock Cafe Sabah)

  • Bittersweet
  • Massacre Conspiracy
  • Tres Empre
  • Misgiven
  • Lester

Kuala Lumpur 6th September (Hard Rock Cafe KL)

  • Bittersweet
  • Tres Empre
  • Massacre Conspiracy
  • Love Me Butch
  • Bill Musa
  • Hazama

Digi Malaysia merupakan penyokong setia bakat–bakat dan kandungan tempatan. Baru-baru ini, Digi menjalinkan kerjasama berbentuk muzik bersama penyanyi Elizabeth Tan yang popular dengan lagu Knock-Knock, juga bersama artis –artis popular yang lain seperti Shawn Lee, Diandra Arjunaidi dan Narmi, kumpulan Genji serta kumpulan yang berbakat besar dan begitu dikenali ramai iaitu Bunkface.

Mulai sekarang hingga 30 September, peminat muzik boleh mengaktifkan perkhidmatan Digi Music Freedom secara percuma dan menikmati penstriman muzik tanpa caj internet selama 120 hari. Untuk maklumat lanjut layari musicfreedom.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.