Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Dilema Nak Terima Award Atau 6D5N Trip

Seawal bulan Januari 2014 peluang rezeki dalam Emperor Agency, Perunding Kewangan masih memberangsangkan. Tahun ni, 2014 MrJocko layak ke Korea Selatan dan 2 rakan kongai layak ke Vietnam. Syarikat baru Blooggers juga tak kurang hebat. Kami menerima pelbagai jemputan dan setakat ini lebih 3 FAM Trip kami terima awal Januari 2014. Alhamdulillah.

Minggu lepas MrJocko terima jemputan untuk Public Mutual Branch Annual Awards Nite dinner yang akan berlangsung di Kota Bharu. Pada tarikh yang sama, MrJocko menerima jemputan untuk FAM Trip ke Surabaya dan Yogja selama 6 hari 5 malam. Adusss…

 

Dilema mana satu

 

MrJocko dalam dilema. Tak tahu mana satu nak pilih kerana kedua-duanya merupakan minat dan lambang kejayaan MrJocko selepas menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kepada perniagaan sendiri sebagai Perunding Kewangan dan Penulis Blog.

Buntu sekejap, dua-dua event memang menjadi idaman sejak dari dulu lagi. Tak tahu nak buat keputusan, tak tahun nak pilih mana satu kerana kedua-duanya adalah mungkin sekali seumur hidup.

Pandangan anda? Mana satu yang MrJocko kena pilih?

Glamorous MrJocko

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.