• Mon. Sep 25th, 2023

Dining In The Sky Bersama Malaysia Airlines Halal Muslim

Dining In The Sky Malaysia Airlines

Akhir bulan Mei 2023, kami terbang ke Incheon, South Korea dengan penerbangan Malaysia Airlines. Pakej kali ini, kami tawarkan kepada tetamu pelancongan kami dengan Pakej Korea Special, dengan pengalaman terbang bersama penerbangan terbaik di Malaysia, iaitu MAS (Malaysia Airlines). Sebut saja MAS, anda akan teruja kerana pengalaman makan di atas awan bersama Malaysia Airlines ini antara pengalaman terbaik pengembara. Ini pengalaman kami, Dining In The Sky bersama penerbangan Malaysia Airlines Kuala Lumpur ke Incheon.

Memandangkan penerbangan kami bertolak pada jam 11.45 malam, yang kemudiannya tertunda selama 2 jam, dan akan mengambil masa sekitar 7 jam, setiap penumpang walaupun berada di tempat duduk Kelas Ekonomi, anda akan menerima 2 kali sesi makan selepas 1 jam pertama pesawat berlepas dan 2 jam sebelum pesawat mendarat. Pilihan menu ini anda boleh buat secara online ataupun boleh menunggu kejutan makanan anda ketika di dalam pesawat jika anda tidak mempunyai pantang larang dalam menu makanan.

Baca : Penerbangan Malaysia Airlines Ke Labuan

Dining In The Sky Bersama Malaysia Airlines

 


Dining In The Sky Bersama Malaysia Airlines

Dining In The Sky Malaysia Airlines
 

Perlu diingatkan kepada semua mereka yang nak travel dengan kapal terbang, anda kena pastikan supaya anda akan dapat menu makanan yang cukup sepanjang tempoh masa penerbangan anda. Selain dari menu yang anda boleh makan dan halal khususnya Halal bagi orang Muslim, makanan anda perlu cukup supaya anda tidak akan lapar sepanjang penerbangan. Kalau dengan penerbangan premium seperti Malaysia Airlines, Emirates, Qatar Airways dan etc, anda tak perlu risau kerana Pramugari dan Pramugara akan menyediakan makanan anda bila tiba masa.

Namun, jika anda terbang dengan penerbangan tambang murah, yang tidak menyediakan menu makanan ketika anda membeli tiket penerbangan, pastikan anda membeli makanan secukupnya demi keselesaan anda.
 

Dining In The Sky Malaysia Airlines

Dining In The Sky Malaysia Airlines
 

Oleh kerana kami terbang selepas 2 jam tertunda, masing masing sudah terasa lapar kerana lama menunggu diruangan perlepasan. Namun, servis Malaysia irlines memang terbaik. Sejam selepas penerbangan kami dijamu dengan Lasagna sebagai menu Supper (makan lewat malam) untuk mengalas perut. Memang sedap.

Kemudian, 2 jam sebelum mendarat, kami sekali lagi dijamu dengan menu Ayam Shogayaki cara Korea yang cukup membuatkan kami kenyang kerana portionnya yang cukup untuk seorang dewasa bersama buah dan Yogurt. Untuk minuman, anda boleh minta tanpa had dari Cabin Crew dan ada banyak pilihan termasuk Air Minuman, Air Buahan, Air Minman Berkarbonat, Kopi dan juga Teh.
 

Dining In The Sky Malaysia Airlines

Dining In The Sky Malaysia Airlines
 

Sebenarnya dalam penerbangan Malaysia Airlines, mereka mempunyai pelbagai menu yang sedap dan halal untuk dipadankan dengan kumpulan tetamu penerbangan mereka mengikut destinasi. Sebagai contoh, jika penerbangan laluan Kuala Lumpur dan Incheon, mereka akan menyediakan menu-menu berkaitan menu Malaysia dan Korea untuk memenuhi citarasa gastronomi penumpang pesawat mereka.

Tidak lupa, setiap penerbangan anda boleh menempah lebih awal secara online jika anda mahukan menu Vegetarian dan beberapa menu lain yang tidak berkaitan dengan menu tanpa susu. Boleh rujuk kepada mereka terlebih dahulu.

Dining In The Sky Malaysia Airlines
Shogayaki Ayam Dengan Sayur

Dining In The Sky Malaysia Airlines
Lasagna Daging

 

Dining In The Sky Malaysia Airlines

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.