Dinner Menu Seafood Di Da Nang Vietnam Malam Terakhir
|Selepas sehari sahaja di bandar Hue Vietnam, kami kembali ke bandar Da Nang. Malam ini malam terakhir kami di Da Nang. Sebab itu, kami singgah untuk Dinner Menu Seafood Di Da Nang Vietnam. Sememangnya menu seafood antara yang popular di sini. Tambah lagi untuk travel muslim seperti MrJocko, menu seafood adalah menu yang paling sesuai.
Kami sampai di restoran ini kira-kira jam 7.00 malam. Waktu yang sesuai untuk makan malam bagi orang Malaysia. Tetapi, biasa MrJocko lihat orang Vietnam makan malam agak awal sekitar jam 6.00 petang.
Dinner Menu Seafood Di Da Nang
Pilihan menu seafood di Da Nang Vietnam memang banyak. Namun dari segi harga rasanya ia agak berbaloi untuk cuba. Kalau di restoran seperti ini, harga agak mahal sedikit. Tetapi kalau singgah di gerai seafood biasa, harga agak murah dan berbaloi kalau korang nak cuba.
Sepanjang Da Nang Beach di Vietnam ada ratusan Restoran Seafood dan Gerai Makanan Seafood yang boleh korang pilih. Memang pilihan yang segar bila melihat ikan siakap, kerapu, bawal, ketam, udang, sotong, kepah dan beberapa jenis lagi seafood yang jarag di liht di Malaysia.
Dinner menu Seafood di Da Nang ini tak jauh beza dengan menu yang ada di Thailand. Hampir sama. Tetapi sudah pasti cara masak dia ada kelainan. MrJocko agak, mungkin ada satu atau dua resipi yang tak sama. Bahan lain macam sama sahaja.
Nak kata menu di Thailand lebih sedap tidak juga. Menu seafood di Vietnam juga ada kelebihan dan keunikkan sedikit berbanding dengan menu Tomyam di Thailand.
Secara peribadi, menu sotong dan udang di sini memang sedap. Mungkin sebab isi yang segar dan cara masak yang ringkas. Kalau Udang, dibakar sahaja dan sotong di goreng dengan halia, tomato dan sayur. Memang boleh tahan sedapnya.
Oh ya, selama 4 hari MrJocko di Da Nang, tak makan lagi Daging sebab di sini susah makan menu Daging Lembu yang halal. Nak tak nak kena makan menu seafood dan vegetarian sahaja. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti, boleh la cuma menu Sup Daging Halal di Ho Chi Minh nanti.
Dulu rasa macam susah cari menu makanan halal di Da Nang, http://www.mrjocko.com/2015/12/susah-cari-makanan-halal-di-da-nang-vietnam.html . Tapi sekarang, bila dah tahu, senang sahaja nak cari menu Seafood untuk Muslim.
Nak tahu apa lagi yang menarik di Da Nang, boleh baca komen di Tripadvisor https://www.tripadvisor.com.my/Tourism-g298085-Da_Nang_Quang_Nam_Province-Vacations.html
Terima kasih kepada Victoria Tourism dan Premium Travel Magazine atas tajaan FAM Trip ke Da Nang Vietnam ini. Terima kasih juga buat penaja bersama Sony Malaysia dan Mamee Double Decker Sdn Bhd 🙂
Salam.. memang semua seafood restaurant boleh ke ada restaurant tertentu je yang boleh? Tq in advance.