Discover Scuba Diving Class Kelolaan Dive Culture Shah Alam
|Seawal jam 7.00pagi, MrJocko dah siap. Hari ni ada sesi untuk kelas scuba di Kompleks Sukan Panasonic, di Seksyen 21 Shah Alam. MrJocko dan seorang lagi rakan Blooggers.com di jemput untuk menyertai satu sesi kelas Scuba Diving Class yang dipanggil ‘Discover Scuba Diving’ oleh pihak Dive Culture.
MrJocko disambut oleh instructor hari ini ialah En Ariffin Aris, yang merupakan Instructor bertauliah PADI dan SDI dan merupakan salah seorang orang kuat Dive Culture yang beralamat di Bangsar. Pada pagi ini, MrJocko dan ada 4 lagi rakan akan sama-sama belajar pelajaran basic sebagai seorang penyelam scuba di Kolam Renang Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam ini.
Baca : Tempat Scuba Best di Malaysia
Discover Scuba Diving Class Kelolaan Dive Culture Shah Alam
Maksud Selam Scuba
SCUBA adalah ringkasan kepada Self Contained Underwater Breathing Apparatus (Peralatan Pernafasan Bawah Air Lengkap Diri); sebagaimana Radar, ringkasan ini menjadi begitu biasa sehinggakan huruf besar sering ditinggalkan. Secara ringkas, selaman scuba adalah aktiviti bawah air yang dilakukan dengan menggunakan peralatan yang dipakai oleh penyelam, yang membekalkan bekalan udara dan dengan itu membenarkan penyelam kekal lama bawah air untuk tempoh masa yang lama.
Scuba Diving Class
Untuk entry kali ini, MrJocko cuma nak kongsi info asas sahaja tentang pakej yang disediakan oleh pihak Dive Culture ini. Antara pakej yang mereka tawarkan ialah pakej basic seperti yang MrJocko buat pada pagi ini iaitu SDI Discover Scuba Diving RM150, SDI Advanced Advanture Diver RM650, SDI Divemaster, SDI Open Water Scuba RM950 dan SDI Rescue Diver RM650.
Untuk maklumat pakej penuh, anda boleh layari laman web rasmi mereka di DiveCulture.com dan maklumat tambahan di sini —> SDI Discover Scuba Diving = RM150 per session untuk kelas asas scuba yang MrJocko buat hari ini. Berminat boleh call terus En Ariffin Aris di laman web personal beliau AriffinAris.
Kalau anda berminat dengan sukan scuba ini, anda boleh lihat banyak gambar dan video menarik mereka di Fanpage Facebook MyDiveCulture.
Untuk cerita panjang pasal kelas SDI Discover Scuba Diving anjuran DiveCulture.com ini, tunggu entry selanjutnya nanti…