Diskaun Sehingga 50% End Season Sale Di Charles & Keith
|Semalam, kami sekeluarga berbuka di The Garden, Midvalley. Macam biasa kalau dah ada di area Midvalley, mesti pusing satu shopping mall untuk window shopping jer. Sekarang kan musim tengah jualan ‘sales’ raya.
Paling mencuri tumpuan semalam, butik Charles & Keith di Midvalley sedang mengadakan promosi jualan hujung musim dan banyak beg dan kasut jenama Charles & Keith ini dijual dengan tawaran diskaun sehingga 50%.
Banyak bag tangan dan kasut untuk wanita memang cantik-cantik, berkualiti dan murah. Jangan kata Wife, MrJocko sendiri pun tengok dua tiga beg yang dipamerkan dan diberikan diskaun 50% memang cantik dan menarik.
Kalau anda nak beli produk yang cantik seperti Charles & Keith ini, boleh segera ke butik Charles & Keith Midvalley. Tawaran jualan akan berakhir hari ini, Ahad 14 Julai 2013. Di lokasi outlet Charles & Keith lain MrJocko tak sure pulak.
Glamorous MrJocko