• Wed. Oct 4th, 2023

Servis Motosikal DIY Tukar Bateri Ducati Monster 795

Servis_Motosikal_Tukar_Bateri_Ducati_Monster_795_05 copy

Sebenarnya, sudah lama motosikal ini tak jalan jauh. Maklumlah sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan pada Mac 2020 yang lepas, ia lebih banyak duduk diruang parkir. Akibatnya, bateri jadi semakin lemah dan makin lama makin hilang kuasa, exhausted. Selepas lama rancang, barulah dapat pelung untuk Servis Motosikal DIY Tukar Bateri Ducati Monster 795. Ini kali kedua saya buat DIY sendiri, dan ia sebenarnya mudah sahaja.

Apa yang diperlukan untuk servis motosikal kali ini hanya beberapa saiz allen key atau hex key (bagi sesetengah negara) dan Spanar saiz kecil. Leceh untuk tukar bateri ni sebab ia melalui banyak proses termasuk mengeluarkan lebih 25 skru di bahagian tangki motosikal. Oh ya, kedudukan bateri untuk model Ducati Monster 696 dan Monster 796 adalah sama dengan model Monster 795.

tukar bateri motosikal

Baca : DIY Tukar Tank Cover Motosikal Ducati Monster 795

 


Servis Motosikal DIY Tukar Bateri Ducati Monster 795

Servis_Motosikal_Tukar_Bateri_Ducati_Monster_795_01

Servis_Motosikal_Tukar_Bateri_Ducati_Monster_795_02

Servis_Motosikal_Tukar_Bateri_Ducati_Monster_795_03
 

Perkara yang pertama, perlu pastikan anda beli saiz bateri motosikal Ducati Monster yang betul. Untuk info, model Monster 795 menggunakan bateri saiz YT12B. Jenama apa, terpulang kepada anda. Biasanya harga bateri ini sekitar RM150 hingga ke RM450 mengikut jenama, kualiti dan ketahanan. Paling popular ialah bateri jenama Yuasa, Motobatt, BattMaster dan juga jenama paling biasa Koyoko.

Kali ni saya tukar bateri guna jenama Koyoka sahaja. Salah satu sebab, ia jauh lebih murah dan kedai spare parts di sekitar ini masih lagi banyak yang tutup ekoran perlaksanaan PKP 3.0 di Malaysia.
 

Servis_Motosikal_Tukar_Bateri_Ducati_Monster_795_05 copy

Servis_Motosikal_Tukar_Bateri_Ducati_Monster_795_06

Servis_Motosikal_Tukar_Bateri_Ducati_Monster_795_08

Servis_Motosikal_Tukar_Bateri_Ducati_Monster_795_09

DIY Tukar Bateri Ducati Monster 795

Langkah Tukar Bateri Dicati Monster 795/796/696

1. Buka skru cover tank
2. Buka skru tank lock tepi
3. Buka skru tang lock bawah
4. Angkat tank dan pastikan ruang bateri mudah untuk di capai
5. Tukar bateri dan ketatkan wayar sambungan
6. Test dulu sambungan dan kuasa bateri
7. Jika sudah boleh hidup, tutup dan letak kembali skru ditempatnya
8. Hidupkan enjin dan biarkan ia hidup selama 15 atau 30 minit bagi mengecas kembali bateri yang telah di pasang
9. Selesai

Nampak mudah kan cara tukar bateri? Ya memang mudah kalau sudah biasa. Ada 2 tempat yang agak susah untuk dikeluarkan. Sila berhati-hati untuk mengelakkan wayar atau kabel lain rosak.

Selamat mencuba ye…

Pernah lihat unit peronda Polis guna motosikal berkuasa besar yang laju dan cantik. Motor idaman jugak tu.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.