Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Doa Penyakit Berjangkit Seperti Covid-19 Dan Virus Lain

Ramai antara kita sudah bosan dengan PKP yang sudah berlangsung selama 14 bulan. Masih belum menampakkan tanda-tanda penurunan. Selain dari usaha untuk mengikut perintah kerajaan denga SOP Penjarakkan Sosial, usaha lain yang perlu kita buat adalam supaya sentiasa berdoa. Untuk yang belum tahu, ini antara Tips Doa bagi orang Muslim. Doa Penyakit Berjangkit Seperti Covid-19 Dan Virus Lain.

doa penyakit berjangkit

Doa-doa ini akan menjadi permohonan kita kepada Tuhan, supaya diperkenankan. Bukan sahaja kita, malah seluruh dunia terkesan dengan pandemik coronavirus Covid-19. Kita di Malaysia, lagi parah kerana hingga kini jumlah kes positif Covid-19 semakin menaik dari hari ke hari dan belum ada tanda-tanda nak pulih.

Baca : Pemulihan Pelancongan Covid-19 Di Malaysia

 


Doa Penyakit Berjangkit Seperti Covid-19 Dan Virus Lain

Doa Penyakit Berjangkit Seperti Covid-19 copy

Doa Penyakit Berjangkit Seperti Covid-19-02

penyakit-berjangkit
 

Doa Dari Wabak Covid-19

“Ya Allah, Aku Berlindung Dengan Mu Daripada Penyakit Sopak, Penyakit Gila, Penyakit Kusta Dan Daripada Segala Penyakit Berbahaya Yang Lain” – Hadis Riwayat Abu Daud

“Dengan Nama Allah Yang Bila DiSebut, Segala Sesuatu Di Bumi Dan Langit Tidak Akan Merbahaya. Dia Lah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui” – Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
 

status-positif-covid-19-7-julai
 

Hingga ke hari ini, 7 Julai 2021 di Malaysia sahaja tercatat 799,790 kes positif Covid-19 di seluruh Malaysia sejak ia pertama kali di catatkan tahun lepas. Angka ini sudah pasti menakutkan semua pihak dan pastinya kita tidak mahu ia terus meningkat saban hari.

Selain dari menjaga diri dan keluarga dengan prosedur kebersihan yang terbaik, kita tiada usaha lain selain harus berdoa setiap hari supaya malapetaka ini

Untuk kita orang Islam, sudah pasti ramai yang tahu, doa adalah senjata bagi orang Mukmin. Tanpa doa, kita mungkin tidak akan berjaya dalam apa yang kita impikan.

Oleh sebab itu, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan pembaca sekalian supaya jangan berhenti untuk terus berdoa dengan Doa Penyakit Berjangkit ini supaya ada peluang diterima oleh Allah Taala. Anda ada doa lain yang sesuai pun, kita berusahalah. Mana tahu, satu hari nanti ada doa dikalangan kita yang dimakbulkan Allah.

Untuk mereka-mereka yang telah terkesan dengan perlaksanaan PKP ini, InsyaAllah akan ada sedikit bantuan dari pihak kerajaan yang telah dimaklumkan. Bantuan ini dinamakan dengan Bantuan PEMULIH dalam masa terdekat.

Stay Strong Semua!…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.