Unboxing Mainan Playdoh Doh-Bassador of Creativity Contest
|Untuk ibubapa dan kanak-kanak, ini ada peluang baik untuk semua anak-anak yang sukakan permainan Play-Doh. Play-Doh dengan rasmi akan menganjurkan Peraduan yang dikenali sebagai Doh-Bassador of Creativity Contest untuk semua kanak-kanak di Malaysia.
Play-Doh yang telah terkenal sejak 60 tahun lepas telah lama membantu kreativiti anak-anak dalam setiap permainan ‘doh’ warna-warni mereka. Kini dengan peraduan ini, ia memberi lebih peluang untuk semua kanak-kanak Malaysia meneroka lebih kreatif dengan produk jenama Play-Doh.
Baca : Mainan Terbaik Untuk Anak-Anak Kecil
Unboxing Mainan PlayDoh Doh-Bassador of Creativity Contest
MrJocko dan anak-anak MrJocko, Khalish, Hasya dan Iris dah berpeluang membuka produk Play-Doy ini sempena dengan promosi untuk kempen peraduan ‘Doh-Bassador of Creativity Contest‘ yang bermula dari 1 – 31 Ogos 2017, selama sebulan.
Memang seronok melihat yang paling kecil, Iris bila sangat teruja dengan pilihan mainan Play-Doh. Sudah pasti dia juga yang paling gembira bermain dengan permainan Play-Doh ini.
Doh-Bassador of Creativity Contest
Beberapa hari lepas, kami buat sedikit teaser Video ketika buat ‘Unboxing Mainan Playdoh Doh-Bassador of Creativity Contest’. InsyaAllah akan MrJocko kongsi dalam laman Facebook dan juga YouTube dalam masa terdekat.
Untuk sementara ini, boleh lihat video pendek, sedikit teaser di laman Facebook MrJocko. Boleh layari video tersebut di link yang MrJocko share di bawah. Ia adalah video spontan anak-anak MrJocko review produk Play-Doh ini.
https://www.facebook.com/groups/1395701487308375/permalink/1959574300921088/
Apa yang ada dalam mainan ‘Shape to Life Toolbox’ ini??? Antaranya ialah studio, 5 pilihan ‘Character Stampers’, 5 pilihan ‘Action Stampers’, 4 alatan mainan, 15 cutters, 7 tin mainan Play-Doh berlainan warna dan buku arahan berkaitan produk. Tidak termasuk alatan elektrik atau gadget.
Untuk info, produk ini boleh digunakan dengan sokongan aplikasi di iOS dan Android, Website, Digital dan TVC.
Kami anak beranak pernah beberapa kali review produk Play-Doh. Antara yang boleh korang baca di sini http://www.mrjocko.com/2016/10/cipta-kreativiti-berterusan-dengan-mainan-play-doh.html
Maklumat lanjut layari dulu laman web rasmi mereka http://www.playdoh.com dan YouTube https://www.youtube.com/w atch?v=j0yIDsPwBMY
Ada banyak lagi yang menarik tentang kempen Doh-Bassador of Creative Contest ini, boleh lihat banyak kreativiti menarik di ayari link ini https://www.instagram.com/explore/tags/dohbassadormy/