Aktiviti Menarik Dolphin Watching Kuala Sepetang
Tarikan yang kini menjadi bualan masyarakat di Kuala Sepetang ialah Dolphin Watching Kuala Sepetang. Di sekitar kuala Sungai Sepetang dan muka kuala kini mempunyai beberapa ikan Lumba-lumba (Dolphin) dari dua jenis spesis yang berbeza.
Dua jenis spesis Dolphin ini dikatakan selalu dilihat berenang di muka Kuala Sepetang dan kadang-kadang masuk sehingga ke sungai ketika musim air pasang.
MrJocko dan rakan-rakan media sempat berpeluang menaiki bot untuk turut sama dalam misi menjejak Dolphin Kuala Sepetang. Sebaiknya masa untuk turun melihat dan mencari dolphin di Kuala Sepetang sekitar jam 10.00 pagi sehingga waktu tengahari kerana dikatakan dolphin ini tengah aktif.
Aktiviti Menarik Dolphin Watching Kuala Sepetang
Ini antara koleksi gambar yang dirakam oleh pengunjung lain sebelum ini. Kami? Sampai ke petang tak jumpa.
Baca : Kuala Sepetang Dolphin Watching
Ya, kelibat dolphin di Kuala Sepetang pada hari tersebut tidak kelihatan. Misi menjejak dolphin di Kuala Sepetang selama dua (2) jam menemui jalan hampa kerana tidak terserempak dengan haiwan ini.
Baca : Tempat Pelancongan Popular di Perak
Menurut Pak Abu, Pegawai Hutan yang mengiringi kami, ikan lumba-lumba (dolphin) ini biasanya berenang secara berkumpulan atau sekurang-kurangnya dua ekor. Biasanya boleh dilihat di kawasan muka Kuala Sepetang kerana mereka gemar untuk mencari makanan di sekitarnya.
Nampaknya misi kami untuk meihat Ikan Lumba-Lumba Kuala Sepetang tidak kesampaian. Harap di kemudian hari jika ke sini lagi, kami akan berpeluang melihat sekumpulan dolphin yang kini menjadi tarikan di Kuala Sepetang, Perak.
Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko
Biar betul ada dolphin bro…
Memang ada Dolphin,,,
pada 25 Nov pun Tun Abdullah Badawi sempat melihat dolphin kat sana
untung la kalau dapat tengok dolphin tue
memang beruntung bro,,,
rezeki kawe belum sampai melihat dolphin kat Kuala Sepetang