Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Doraemon Waku Waku Skypark New Chitose Airport Indoor Theme Park

Pertama kali sampai di lapangan terbang New Chitose Airport, teruja melihat lapangan terbang baru di Hokkaido. Dalam bangunan New Chitose Airport ini, luas dan ada satu tarikan indoor park, karakter kartun terkenal Doraemon. Inilah yang boleh korang cuba di New Chitose, Doraemon Waku Waku Skypark New Chitose Airport Indoor Theme Park.

Doraemon Waku Waku Skypark ini terletak di dalam bangunan ini dan sangat sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Ia mempunyai beberapa bahagian termasuk Park Zone, Kids Zone, Library, Workshop, Cafe, Gift Shop dan juga Amusement Zone.

Baca : Taman Tema Terbaik Di Dunia

 



 

Doraemon Waku Waku Skypark New Chitose Airport

doraemon waku waku skypark new chitose airport
 

Tiket masuk untuk ke Doraemon Waku Waku Skypark ialah JPY800 untuk Dewasa dan Kanak-kanak 13 – 18 JPY500, Kanak-kanak 3 – 12 JPY400 dan Kanak-kanak umur 2 tahun ke bawah adalah Percuma.

Doraemon Waku Waku Skypark New Chitose Airport dibuka seawal jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang. Untuk ruangan Gift Shop, ia ditutup lewat sedikit, sekitar jam 6.30 petang.

doraemon waku waku skypark new chitose airport

doraemon waku waku skypark new chitose airport

doraemon waku waku skypark new chitose airport

Doraemon ni adalah karakter yang terkenal sejak zaman kecil MrJocko lagi. Sudah pasti, orang dewasa pun turut boleh sertai masuk ke Doraemon Waku Waku Skypark ini. Ia punyai kawasan yang agak attractive.

Lihat sahaja beberapa keping gambar ini, contohnya kawasan Park Zone, ada bahagian yang menarik untuk orang dewasa bermain di sini. Apatah lagi kanak-kanak, ruang ni agak luas dan pasti boleh berlari-lari di kawasan ini.

doraemon waku waku skypark new chitose airport

doraemon waku waku skypark new chitose airport

doraemon waku waku skypark new chitose airport

doraemon waku waku skypark new chitose airport

doraemon waku waku skypark new chitose airport

Untuk bahagian lain, termasuk amusement zone, banyak sudut yang boleh korang bergambar dan selfie di dalam Doraemon Waku Waku Skypark ini. Banyak yang menarik dan memang puas hati untuk bergambar dengan karakter Doraemon termasuk Nobito, Sizuka, Suniyo dan juga Giant.

Masa sesuai untuk melawat kawasan Doraemon Waku Waku Skypark New Chitose Airport ini sekitar 30 minit hingga 1 jam. Jadi, sementara menunggu masa untuk terbang, atau sementara menunggu untuk keluar dari bangunan lapangan terbang ini, boleh la singgah sekejap di Doraemon Waku Waku Skypark. Harga tiket murah cuma JPY800 (MYR29) dewasa dan JPY500 (MYR18) kanak-kanak.

Baca : MrJocko dan Taman Tema

doraemon waku waku skypark new chitose airport

doraemon waku waku skypark new chitose airport

doraemon waku waku skypark new chitose airport

Untuk mereka yang singgah sini, bersama anak-anak, boleh cuba untuk rasai pengalaman bersama Doraemon dan rakan-rakan di Doraemon Waku Waku Skypark New Chitose Airport.

Layari laman web rasm Doraemon Waku Waku Skypark New Chitose Airport untuk maklumat lanjut.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.