Dr Wan Azizah Lancar Boost e-Donations
|Peneraju dalam e-wallet di Malaysia, Boost memperkenalkan cara mudah untuk menderma kepada badan-badan kebajikan dengan menggunakan aplikasi Boost E-Donations. Menarik kali ini kerana YAB Dato’ Sri Dr Wan Azizah Lancar Boost e-Donations di Menara Axiata KL Sentral, menandakan sokongan jabatan beliau kepada usaha cashless yang murni ini.
Perasmian Boost e-Donations ini turut disaksikan oleh Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, CEO Yayasan Kebajikan Negara, Tan Sri Ghazali Sheikh Abdul Khalid Pengerusi Axiata Group Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim Presiden dan Group CEO of Axiata Group Berhad dan juga Mohd Khairil Abdullah CEO of Axiata Digital Services, syarikat induk Boost.
Dr Wan Azizah Lancar Boost e-Donations
Orang Malaysia memang rakyat yang pemurah. Dengan adanya aplikasi hebat E-Donations menggunakan aplikasi e-Wallet Boost ini, ia dapat mencipta peluang kepada mereka yang mampu untuk menyumbang balik kepada masyarakat yang lebih memerlukan.
Baca : Pelancaran Kempen Boost Super Shake
Untuk info Boost e-Donations ini tela dilancarkan secara rasmi pada bulan Mei 2018, setahun yang lalu. Hingga hari ini, lebih 4 juta pengguna boleh menyumbang #DoGoodWithBoost kepada lebih 30 badan amal dan rakan NGO termasuk dalam bidang pelajaran, alam sekitar, kajian kanser, kebajikan haiwan, sosial dan banyak lagi.
Boost e-Donations ini sangat membantu, kerana dengan sumbangan sekecil RM0.01 sen pun, ia dapat menbantu banyak Badan Kebajikan dan NGO dalam mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti mereka. Kalau boleh, sedekah la lebih,,,


Lagipun, setiap kali membuat bayaran menggunakan Boost, pengguna akan menerima ganjaran cashback apabila ‘shake reward’ sekurang-kurangnya RM0.10. Jadi, apa salahnya, dermakan nilai tersebut kepada mereka yang memerlukan.
Untuk info lebih lanjut tentang e-Wallet Boost Application (aplikasi e-Wallet Boost), layari laman web rasmi mereka di Boost Malaysia.