Review Dragon Inn Floating Chalet di Semporna Sabah
|Masa kami ke Sabah tempohari kami inap di Dragon Inn Floating Chalet di Semporna adalah lokasi penginapan yang terbaik jika ke Semporna. Floating Chalet yang terkenal ini sudah beberapa tahun menjadi destinasi pilihan ramai pelancong jika berkunjung ke pekan Semporna di Sabah.
Lokasinya yang strategik, resort yang unik di atas air dan harga yang murah menjadi tarikan utama pelancong untuk menginap di sini. Lagipun, ia terletak tak jauh dari pekan Semporna yang menjadi pusat masyarakat di sini.
Baca : Apa Yang Menarik Di Tawau dan Semporna Sabah
Review Dragon Inn Floating Chalet di Semporna Sabah
Semasa kami bercuti ke Semporna, Sabah pada tarikh 6 Februari 2010, kami menginap kat Dragon Inn floating Chalet. Pakej menginap yang kami ambil ialah selama 3 hari 2 malam jer, tak lama.
Dragon Inn ni satu chalet yang floating atas persisir pantai di Semporna. Dalam internet di pilih sebagai antara 10 Chalet terbaik dunia dalam web AskMen.
Untuk informasi, jikalau nak bercuti ke Semporna, tak ada airport. Jadi, kita kena fly dan landing kat Airport Tawau. Dari pekan Tawau, jika korang drive sendiri, makan masa sejam sajer. Kalau naik bas atau Van sapu, lama sikit kerana ia lebih perlahan.
Bila sampai di pekan Semporna, nak cari Floating Resort Chalet Dragon Inn ni senang saja nak jumpa. Tanya sahaja sesiapa, pasti mereka tahu tempatnya.
Secara asas, Chalet terapung di Semporna ini memang terbaik. Senibinanya sendiri mempunyai unsur-unsur tradisional dan punyai persekitaran yang cantik.
Dragon Inn Floating Chalet ni menawarkan harga yang murah dan reasonable, samada pilih bilik dengan 2 katil atau satu katil queen. Kalau nak jimat lagi boleh duduk kat dorm, khas untuk backpackers.
Kali ni, kerana kami datang sekeluarga aku pilih bilik 1 katil Queen berharga RM77 (free breakfast) dan tambahan RM20 utk tilam extra untuk my kids. Ruang dalam yang luas, bilik air yang sungguh “tradisional” dan tetap punya Aircond walaupun dinding, lantai dan ruang lain agak terbuka.
Kawasan kaki lima depan chalet sungguh unik kerna semua air. Boleh terus memancing dari dalam bilik atau di depan kaki lima, tiada halangan dari pemilik Chalet. Korang tengok sendiri ikan ni, besar ooo,,, tapi tak tahu la boleh makan atau tidak kalau di umpan pancing???
Ini pulak betul-betul terletak di depan Cafe Chalet. Time pagi boleh tengok Nelayan datang hantar Ikan, Sotong, Ketam dan Ikan untuk di jadikan menu restoran Chalet tersebut. Sungguh fresh. Harga cukup berpatutan, jauh beza dari KL.
Yang ini plak, Restoran Tampi-tampi. Ni la antara tempat shooting citer DUYUNG (Apek, Yasmin hani, Awie) yang mana scene akhir Duyung kena tangkap dan di buat show oleh Awie. Sebenarnya ni adalah restoran seafood terkenal di Semporna.
Secara overall, percutian kami kali ini memang puas hati. Masa aku beli tiket hari tu, harga cuma RM60 jer satu kepala. 4 orang baru berapa kan??? Bayar dalam RM250 sahaja. Kos sewa kereta 2 hari RM180. Isi petrol RM40. Hotel pilak dlm Rm200 sahaja. Tambah dengan kos bayar bot jalan-jalan ke pulau RM200. Makan minum selama 3 hari 2 malam dalam RM200 for family. Total dalam RM1,000 jer. Jimat kan???
So, apa kata, lepas ni jadikan Semporna sebagai destinasi cuti-cuti korang. Jangan cakap sini tak best. Korang tengok dulu gambar-menarik yang di ambil di Pulau Sipadan, Manukan, Kapalai, Sibuan, Selakan, Pulau BumBum dan perkampungan Bajau Laut.
Menarik bukan? Plan la percutian korang kemudian ke sini. Happy Holiday!!!
Cantik sangat sangat !
kalau tgk pulau, lagik cantik
wahh..buat saya x sabar2 nak kumpul duitni…nak melancong ke sana..
JoiJoi – Pegi la, satu family tak sampai RM1,000. Janji plan awal2
em…tumpang tanye..ho to contact the chalet?
Mintak maaf, terlupa,, kat internet ada bro,,,