Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kami Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin AstraZeneca WTCKL

Kami Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin AstraZeneca WTCKL. Berita baik untuk minggu ni, akhirnya selepas 2 bulan dari tarikh pertama kami dapatkan Dos Pertama pada Jun 2021. Agak lama berbanding rakan-rakan lain yang menerima vaksin Pfizer dan Sinovac. Tak apalah, janji kami sudah selesai walaupun lama menunggu.

Namun, kali ni ni untuk dos kedua memang patut dapat pujian yang tinggi kepada frontliners di PPV WTCKL. Sebab, daripada mula-mula masuk, hingga ke pintu keluar hanya memakan masa sekitar 15 minit sahaja. Kudos kepada pasukan hadapan RELA, Volunteers, Nurse dan pastinya Doktor di PPV WTCKL.

Baca : Suntik Dos Pertama Di Pusat Pemberian Vaksin WTCKL

Lengkap Dua Dos Vaksin AstraZeneca WTCKL

 


Kami Sudah Lengkap Dua Dos Vaksin AstraZeneca WTCKL

Completed Dose Vaccine

Completed Dose Vaccine
 

Seawal pagi jam 9.00am kami sudah sampai di lokasi PPV WTC KL. Memandangkan dekat saja dengan rumah, tak ada masalah untuk kami ke sana dan mencari ruang parkir. Jalan kaki 5 minit dan sampai di muka pintu PPV WTCKL.

Susunan kali ini agak berbeza berbanding sebelum ini dan seperti biasa masih ada laluan untuk Station 1, Station 2 dan Station 3. Tetapi, kali ini tak perlu nak naik ke bahagian atas, hanya menggunakan laluan di Ground Floor sahaja.

Tidak perlu untuk hadiri sesi kaunseling dan khidmat nasihat, hanya perlu ke satu bahagian sahaja. Laluan yang agak mudah, kaunter pendaftaran yang cepat, ruang bilik doktor yang banyak mempercepatkan urusan suntikan Dos Kedua kami. Terima kasih juga kerana guide yang lebih jelas daripada team Volunteer.
 

Completed Dose Vaccine
Suntikan Dos Kedua Astrazeneca
Completed Dose Vaccine
Rest Seketika Selepas Dos Kedua

Completed Dose Vaccine
 

Baca : Apa Itu Vaksin Astrazeneca?
 

Alhamdulillah, kami sudah selesai suntikan kedua Vaksin. Sudah pasti mengharapkan selepas ini herd immunity di seluruh Malaysia akan cepat dicapai. Lepas ni, kita semua akan kembali ke keadaan asal sebelum pandemik Covid-19.

Teringin nak keluar seperti biasa, lepak mamak, keluar dengan anak-anak, keluar bersukan dan teringan nak kembali travel jika ada rezeki. InsyaAllah.

What Is Astrazeneca?

The AstraZeneca COVID-19 vaccine, now called Vaxzevria, is a viral vector vaccine, just like the vaccine from Johnson & Johnson.

The vaccine uses a chimpanzee adenovirus to carry spike proteins from the coronavirus into your body to create an immune response. It can be produced on a large scale and inexpensively, which is crucial during a pandemic. It can also be kept in a regular refrigerator, unlike the vaccines from Pfizer and Moderna.

Despite initial pauses about its safety with blood clots, it has been deemed safe by the European Medicines Agency (EMA) and is still recommended by the World Health Organization (WHO).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.