Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Dubai Tourism Perkenal Dubai City Pass

Sesuatu yang baru diperkenalkan untuk semua pengunjung Dubai. Dubai Tourism Perkenal Dubai City Pass Untuk Terokai 33 Tarikan yang menarik di sana. Ia satu kad eksklusif yang mana memudahkan pelancong menikmati segala yang menarik di Dubai, United Arab Emirates.

Untuk informasi, Department of Tourism and Commerce Marketing Dubai (Dubai Tourism) telah memperkenalkan cara baru bagi pengunjung untuk menikmati pelbagai tarikan, pengalaman, serta ciri-ciri kota Dubai yang menarik. Ia dinamakan sebagai Dubai City Pass, kad pra-bayar all-inclusive yang memberikan akses bebas tanpa tunai ke 33 tarikan dan aktiviti di Dubai, adalah cara yang terbaik bagi pengunjung yang ingin menjelajahi kota Dubai dengan cekap.

Baca : Apa Boleh Anda Buat Selama 48 Jam Di Dubai

 


Dubai Tourism Perkenal Dubai City Pass

Dubai City Pass

Dubai City Pass

Kad Dubai City Pass ini mula dijual dari harga AED399 (sekitar RM420). Dubai City Pass menawarkan pakej Select dan Unlimited, dengan pelbagai tarikan dan pengalaman popular. Tarikan yang ditawarkan termasuk Burj Khalifa, Dubai Parks and Resorts, IMG Worlds of Adventure, Wild Wadi Waterpark, Ski Dubai, Desert Safari, dan banyak lagi. Dengan setiap pembelian, pengunjung juga akan menikmati diskaun 50% untuk tiket masuk ke pertunjukan La Perle – suatu acara hiburan langsung dengan akrobat dan aksi di udara – dengan hanya menunjukkan Dubai Pass mereka ketika membeli tiket tersebut.
 

Dubai City Pass

Dubai City Pass

Baca : MrJocko dan Melancong ke Dubai
 

Dubai City Pass

Dubai City Pass

 

Unlimited Pass: Pilih secara bebas daripada senarai di bawah.

1. Aqua Fun park
2. Aventura Park
3. Boardwalk
4. Bollywood Park
5. Burj Khalifa
6. City Sightseeing Hop On Hop Off
7. Creek Cruise Dinner
8. DAUZ Explorer Experience
9. DAUZ Tunnel & Underwater
10. Desert Safari with Dinner
11. Dubai City Tour
12. Dubai Dolphinarium
13. Dubai Frame
14. Dubai Mall Ice rink
15. Dubai Safari Park
16. Etihad Museum
17. Hysteria Haunted House Dubai Mall
18. iFly
19. IMG Worlds of Adventure
20. Kidzania
21. Lake Ride
22. Legoland
23. Legoland Water Park
24. Lost Chambers & Ambassador Lagoon
25. Marina Dhow Cruise Dinner
26. Motiongate
27. Orbi
28. Palm Island Inner Circle Dinner Cruise
29. Palm Island Inner Circle Cruise – 60 min
30. Ski Dubai
31. Splash Tours 90 mins
32. Wild Wadi Waterpark
33. Wonder Bus

 

Pakej Select dijual pada harga AED399 (sekitar RM420). Kad ini boleh digunakan untuk menikmati pelbagai tarikan – pengguna boleh memilih satu tarikan daripada tiga kolum, daripada pool yang tersedia.* Dengan pakej Select, Dubai Pass boleh digunakan selama tujuh hari berturut-turut, mulai daripada hari pertama penggunaan. Pakej Unlimited pula ditawarkan dengan harga AED899 (sekitar RM960). Pengguna boleh memilih mana-mana tarikan dan aktiviti yang tersenarai* dan pakej ini boleh digunakan selama tiga hari.

Dubai Pass diperkenalkan berikutan kejayaan Dubai Summer Surprises dan Dubai Shopping Festival pada musim sebelumnya. Ini merupakan cara yang cukup bernilai dan cekap bagi pelawat untuk menikmati Dubai bersama keluarga dan kawan-kawan dan membawa pulang pengalaman baru.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi www.dubaipass.ae; hubungi +971 4 295 2007; atau emel info-dubai@iventurecard.com. Dubai Pass boleh didapati mulai 16 Mei 2018.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.