Dubai Museum UAE Yang Punyai Sejarah Tersendiri
|Mungkin anda pernah dengar tentang bandar Dubai lama. Di sini dikenali sebagai Old Town Dubai. Kawasan ini yang sebenarnya bermula kebangkitan bandar Dubai, sehingga kini cepat dan pesat membangun menjadi sebuat bandar yang termahal dan tarikan pelancong seluruh dunia. Ini cerita pengalaman di Dubai Museum UAE Yang Punyai Sejarah Tersendiri.
Paling ketara, cepatnya terbina bangunan tertinggi, terbesar, terbaik dan semakin hari semakin banyak ‘yang terbaik’ di bawa dan di bina di Dubai.
Baca : Pengalaman Naik Bot Abra Menyusuri Dubai Creek
Dubai Museum UAE Yang Punyai Sejarah Tersendiri
Tiket masuk ke Dubai Museum hanya 3 Dirham. Cukup murah untuk pengalaman selama satu jam di Muzium Dubai ini. Walaupun dari segi artifak sejarah tidak banyak di pamerkan, tetapi, di Dubai Museum anda dapat menyelami kisah dan sejarah bermulanya kebangkitan kemodenan di Dubai.
Melihatkan sejarah bermulanya bandar Dubai, MrJocko seakan tidak percaya bahawa ia begitu cepat membangun. Beza sungguh keadaan bandar dubai sejak dari tahun 1930-an. Dalam beberapa puluh tahun, ia berkembang menjadi sebuah bandar antara yang terbaik di dunia.
Dubai Museum menyediakan beberapa bahagian yang tertentu berkongsi tentang cara hidup awal masyarakat Emirati dengan aktiviti seperti jual beli di pelabuhan, pembuatan bot, pertukangan, jualan rempah ratus, pengajian Al Quran, pencari Mutiara di Dubai dan banyak lagi.
Mereka seperti masyarakat Arab lain yang mempunyai cara hidup sederhana dan mengamalkan hidup dalam puak-puak atau ‘Bani’ tersendiri.
Dubai Museum sudah pasti lokasi wajib anda pergi kerana ia terletak berdekatan dengan Dubai Gold Souk, Spice Road Dubai dan juga Abra River Cruise. Hanya beberapa minit berjalan kaki dan anda dapat melawati lokasi tempat menarik di Dubai seperti ini.