Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Duit Syiling Peringatan Pertabalan Agong ke XIV

Duit Syiling Peringatan Pertabalan Agong ke XIV antara koleksi duit syiling terbaru yang ada di pasaran. Mesti ramai collector duit di Malaysia akan cari duit ini. Duit Syiling ini tertera gambar Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Sempena dengan pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, pihak Bank Negara telah mengeluarkan keluaran khas duit syiling peringatan atau commemorative coins sempena pertabalan tersebut.

Baca : Cerita Tentang Malaysia

Duit Syiling Peringatan Pertabalan Agong ke XIV

Duit Syiling Peringatan Pertabalan Agong ke 14

Kalau dipandang duit syiling peringatan pertabalan Agong ini bagi orang biasa macam aku, duit ini memang agak cantik. Unik juga sebab ada gambar Agong baru di muka duit syiling peringatan ini.

Duit Syiling ini ada juga ditulis ‘Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XIV’ di duit syiling berkenaan yang merujuk kepada Agong yang baharu.

Bagi peminat koleksi duit syiling peringatan ini boleh la segera untuk membeli dan mendapatkan edisi keluaran khas ini. Duit syiling ini boleh di dapati di kaunter BNM LINK Bank Negara bermula hari ini 28 Jun 2012.
 

Duit Syiling Peringatan Pertabalan Agong ke XIV
Duit Syiling Peringatan Pertabalan Agong ke XIV

Bagi mereka yang minat membeli dan menyimpan duit peringatan, koleksi duit, duit limited edition mesti tidak akan lepaskan peluang untuk beli koleksi duit syiling peringatan pertabalan Agong ini.

Terima kasih kepada member MrJocko. Kredit gambar dari Facebook Puan Tinie. Maklumat lanjut, sila layari website Bank Negara

Glamorous MrJocko

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.