Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Durian King TTDI Gerai Durian Kuala Lumpur Semakin Popular

Musim Durian di Malaysia nampaknya sudah berubah tidak seperti dulu. Hampir setiap bulan, peminat durian boleh mencari durian pilihan mereka di gerai-gerai durian sekitar Kuala Lumpur. Durian King TTDI Gerai Durian Kuala Lumpur yang semakin popular punyai banyak pilihan jenis durian untuk semua.

Mengapa tidak, setiap bulan, boleh dikatakan sentiasa ada ‘stok’ buah durian pelbagai jenis dan menawarkan harga durian yang berpatutan di Kuala Lumpur. Gerai Durian King TTDI ini antara gerai yang popular sekitar Kuala Lumpur. Di sini, ada durian paling sedap jenis Black Torn, Musang King, XO, Jantung, Kucing Tidur, Udang Medah, D24 dan banyak lagi yang pasti buat sesiapa sahaja peminat durian akan meleleh air liurnya.

Baca : Harga Durian Paling Mahal

 



 

Durian King TTDI Gerai Durian Kuala Lumpur

Durian King TTDI Gerai Durian Kuala Lumpur
 

MrJocko sendiri singgah nak rasa sendiri rasa buat durian, servis dan juga persekitaran Gerai Durian King di TTDI ini. MrJocko singgah lepas waktu Maghrib, waktu ini, ruang parkir kawasan ini banyak kosong, mudah nak akses dan ruang makan yang agak selesa. Paling penting, ia terletak dekat sahaja dengan Pasar Besar TTDI, jalan besar dan juga Stesen MRT TTDI jika korang bercadang nak naik MRT.

Kalau kebanyakkan orang, ramai yang kata durian Musang King antara durian yang paling sedap di Malaysia. Sebenarnya, ada banyak lagi jenis durian yang terkenal dan tergolong dalam durian kualiti premium.

Baca http://www.mrjocko.com/2012/06/jenis-durian-terbaik-di-malaysia.html

durian musang king
Musang King di Durian King TTDI

durian musang king durian musang king

 

Kali ini, MrJocko berpeluang mencuba duriang Black Thorn, Musang King, XO dan juga durian Udang Merah. Paling banyak MrJocko makan malam tu, jenis durian Musang King yang terkenal. 

Kalau ditanya rasa, sudah pasti MrJocko lebih suka makan jenis Musang King. Ia berbentuk lebih panjang berbanding jenis Black Thorn dan XO. Isi Musang King ni punya rasa lemak yang sedang-sedang dengan rasa unik yang berbeza jauh dengan durian kampung biasa. Sebab itu, harga durian ini agak mahal berbanding durian biasa.

 

durian king ttdi harga

durian-king-ttdi-kuala-lumpur

durian-king-ttdi-kuala-lumpur

Durian Black Thorn

durian-king-ttdi-kuala-lumpur

Berapa harga durian yang di jual di Durian King TTDI? Mesti ramai nak tahu. Untuk info, memandangkan ini katanya musim penghujung, harga untuk sekilo durian kualiti premium lebih mahal sedikit dari harga sebelum ini. Tetapi jangan risau, ia masih lagi harga mampu beli untuk kita di Malaysia.

Semak harga durian terkini di Durian King TTDI di sini. Harga durian Black Thorn sekitar MYR75/kg dan harga durian Musang King dah turun kepada MYR53/kg.

 

Harga terkini di Durian King TTDI
Harga terkini di Durian King TTDI

 

Kalau nak cari Durian murah, di Durian King TTDI pun ada anjurkan promosi durian murah mengikut promosi tertentu. Contohnya, seperti promosi Durian King TTDI pada 20 November 2017 ini. Nak makan durian best di Gerai Durian King TTDI, cuba lihat promosi ini

 

promosi durian murah
Promosi Durian Murah

 

Kalau korang bertanya, gerai Durian King di Taman Tun Dr Ismail ini mula buka gerai sekitar jam 2.00 petang setiap hari dan tutup sehingga lewat malam. Untuk memudahkan korang mencari lokasi, boleh Waze Durian King TTDI atau ke alamat ini 179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Boleh call owner untuk booking meja kalau perlu Mr Erik 016-274 6474.

Layari laman Facebook Durian King TTDI untuk info lanjut dan gambar durian Black Thorn, Musang King, XO, Udang Merah dan banyak lagi jenis durian yang terkenal di Malaysia.

Facebook Durian King TTDI https://www.facebook.com/Duriankingttdi/

Oh ya,,, kat sini pun ada jual Cendol Durian yang sedap. Nanti MrJocko kongsi di blogpost akan datang…

 

cendol durian di durian king ttdi

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.