Site icon Travel Blogger Malaysia

Durian Runtuh Orang Felda Dapat RM15,000 Najib Razak

Najib Razak umum Durian Runtuh Orang Felda Dapat RM15,000. Itu lah ungkapan terbaik rasanya. Bertuah orang Felda. Katanya bulan ini akan terima duit lagi. Banyak pulak tu. Rezeki dan imbuhan dari pihak Felda kepada peneroka Felda.

Perdana Menteri Malaysia sekarang, Najib Razak membawa berita gembira kepada 112,635 warga peneroka kerana beliau mengumumkan ‘durian runtuh’ kepada peneroka selepas Syarikat Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad disenaraikan ke Bursa Malaysia.

Baca : Perdana Menteri Malaysia Najib Razak

 


Durian Runtuh Orang Felda Dapat RM15,000 Najib Razak

Najib Umum Durian Runtuh RM15,000 Felda
 

“Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda” – Berita

Dengar kata dari sumber yang sahih, rata-rata peneroka Felda akan menerima imbuhan sekitar RM15,000 bagi setiap keluarga. Alhamdulillah. Banyak tu.

Oleh kerana orang Felda ni selalu sangat dapat bonus, imbuhan dan duit-duit terpijak, aku nak sarankan supaya istilah Durian Runtuh di tukar menjadi ‘Sawit Runtuh’,,, ok tak?

Exit mobile version