Mungkin ramai yang belum tahu bahawa, E-Shed Markets Tempat Shopping Gifts Murah Di Perth Australia. Harga barangan yang dijual di sini seperti Key Chain, Fridge Magnet, TShirt, Sweater dan cenderahati lain sangat murah sehinggakan ada harga yang 2 kali lebih murah berbanding harga benda yang sama di Fremantle Markets Perth, Australia.
Tidak keterlaluan kalau MrJocko katakan, kalau setakat nak jalan-jalan di Fremantle Markets, tidak jadi masalah. Ia memang menarik, tetapi kalau nak beli barang atau cenderahati, jangan sesekali beli di Fremantle Market.
Baca : Tempat Shopping Popular di Western Australia ialah Fremantle Markets
Tempat Membeli Belah Yang Best Di E-Shed Markets di Perth
E-Shed Markets at historic Victoria Quay offer a destination shopping and dining experience against the backdrop of Fremantle’s working port. The markets have a wide range of handicrafts, gifts, fashion, diving supplies and a licensed food court. E-Shed Markets Perth is open on Fridays, Saturdays and Sundays between 9.00am to 5.00pm in the general markets and 9.00am. Food court area open till 8.00pm.
Lokasi E-Shed Markets Perth ini terletak bersebelahan dengan Pelabuhan Fremantle dan juga Western Australia Maritime Museum. Kedudukkannya ditepi tebing muara sungai yang menjadi laluan yang sibuk setiap hari.
Di sini, ada beberapa kedai menjual barangan cenderahati yang mempunyai tanda, logo dan trademark Australia yang menjadi pilihan pelancong untuk di jadikan cenderahati dan gifts. Salah satunya, kedai milik orang Singapura dan mempunyai staff dari Malaysia. Ya betul,,, orang Malaysia yang kerja di sini dan senang nak mintak diskaun.
Cerita Perth boleh korang baca di sini http://www.mrjocko.com/tag/perth
E-Shed Markets Tempat Shopping
Kalau nak tahu, nama kedai tu Megabes Products, terletak di sebelah kanan, betul-betul dengan pintu masuk tengah-tengah bangunan gedung E-Shed Markets di Pelabuhan Fremantle. Banyak barang jual barang di sini dan yang paling murah sudah pasti barangan gifts seperti fridge magnet, key chain dan T-shirt.
Alhamdulillah, berbaloi beli barang kat sini, sebab staff yang jaga barang ni memang pandai layan dan pilih barang untuk kami. Beli banyak tapi kami bayar cuma sekitar AUD100 sahaja.
Ini nasihat MrJocko kepada anda yang nak melancong ke Australia, cari tempat shopping yang betul-betul murah. Buat dulu survey dan baca review travel dari mereka yang pernah taravel ke sana untuk dapatkan info yang lebih jelas. Sebelum ni, memang ramai yang kata Fremantle Markets murah, tetapi sebenarnya, kat E-Shed Markets ni sebenarnya lagi murah dan sangat berbaloi.
Jangan lupa, kalau ke Perth, shopping kat E-Shed Markets yer. http://eshedmarkets.net.au