Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Eat Fresh di Subway Fahrenheit 88

Subway Fahrenheit 88
Subway Fahrenheit 88

 

Antara tempat makan yang sihat, segar dan berkonsepkan roti sandwich di Malaysia, semestinya restoran Subway. Kat sini adalah syurga peminat Roti Sandwich. 

 

Macam macam roti dan kombinasi “inti” yang korang boleh letak kat dalam sandwich tu. Samada korang nak letak steak, chicken. meatball, seafood, crab atau veggie, semua terpulang kepada selera masing-masing.

 

 

Subway Fahrenheit 88
Steak and Cheese sedappp
Subway Fahrenheit 88
Aku ambik Roast Beef

Macam aku, aku suka letak steak dan juga roasted chicken. Untuk sayur, letak sayur apa-apau pun aku tak kisah. Yang penting kena ada cabbage. Yang lain tu sampingan sahaja.

Lepas letak sayur, jangan lupa letak sos. Boleh pilih Thousand Island, Mayonis, Sos Cili, Tomato Ketchup atau juga sos biasa. Pilihan aku, semestinya mayonis dan thousand island.

 

 

 

 

Untuk set yang aku beli hari tu, di Subway Fahrenheit88 Tingkat 1, ia datang sekali dengan Chips atau 2pcs Cookies. Aku ambik 2 set, so aku pilih satu chips dan dua cookies, untuk my kids.

 

 

 

 

Cuba tengok cookies ni, nampak sedap kan? Tentunya sedap. Penuh dengan coklat dan jugak kekacang di dalamnya. Anak-anak aku suka makan.

 

Aku dan wifey makan jer Sandwich yang kami beli tu. Separuh separuh supaya boleh rasa sandwich roasted chicken dan juga beef. Sememangnya dua-dua sedap. Kena la dengan tema kat Subway, EAT FRESH 🙂

 

 

 

 

 

Untuk yang suka makanan sihat, aku memang suggest korang makan di Subway Fahrenheit 88. Ada serat dan makanan yang seimbang. Boleh pilih lak tu nak makan resipi subway yang mana satu, Best.

 

Tempat pun selesa, ada Wifi, dan sesuai untuk couple dan juga family. 

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.