Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Eksklusif Jom Melawat Istana Negara, Ia PERCUMA

Sesiapa yang teringin nak masuk ke dalam Istana Negara, Kuala Lumpur, boleh la ambil peluang ni. Sekarang sehingga pertengahan bulan Jun 2012, Istana Negara di buka kepada rakyat jelata. Jangan terkejut, ini berita yang benar-benar. Kalau dulu pelawat hanya dibenarkan melihat Pintu Pagar dan bergambar di luar kawasan Istana Negara. Tetapi sekarang, anda semua di jemput merasai sendiri masuk ke dalam Istana Negara.

Anda boleh melihat laman di istana, senibina dalaman yang selalunya Kerabat-kerabat Di Raja atau VVIP sahaja yang boleh merasainya. Kini, kita sebagai rakyat baginda Yang Di Pertuan Agong juga boleh merasai nikmat berada di dalam Istana Negara, kebanggaan Malaysia.

Kalau korang teringin nak melihat bagaimana rupa Istana Negara Lama, dari luar dan sesetengah bahagian dalam Istana Negara, boleh segera melawat ke Pameran Raja Kita yang kini sedang berlangsung di dalam Istana Negara.
Samada korang rakyat Malaysia atau bukan warganegara, korang boleh melawat dan merasai sendiri situasi sebagai seorang Agong dan Permaisuri bersemayam dan hidup di dalam sebuat ISTANA NEGARA.
Jangan lepaskan peluang pemeran dan masuk untuk merasai sendiri kehidupan sebagai seorang RAJA dan PERMAISURI. Sila bawa keluarga dan rakan-rakan ke sana. MrJocko akan ke sana hujung minggu ini. Jom kita jadi Agong dan Permaisuri sementara 🙂
MrJocko.com
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.