Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ekspedisi Memanjat Bukit Broga

Dah lama tak ke Bukit Broga, Semenyih. Sebenarnya sudah lama teringin nak panjat dan lihat matahari terbit di puncak Broga Hills, akhirnya pada hari ni termakbul dengan aktiviti Ekspedisi Memanjat Bukit Broga.

Member MrJocko, Mat Din kebetulan nak ke sana juga. Katanya dah lama tak exercise dan keluar peluh. So, molek benar la. Boleh MrJocko join sama.

Pagi tadi seawal jam 4.30 pagi kami gerak dari KL dan sampai di Semenyih untuk sarapan dulu. Selepas sahaja Subuh, 6.15 pagi, kami terus gegas ke pintu masuk Bukit Broga.

Perjalanan hanya sekitar 3.7 kilometer sahaja, tetapi dengan kelajuan biasa ia memakan masa selama satu jam. Maklum la, kurang stamina.

Perjalanan agak mudah dan tiada laluan yang merbahaya, tetapi pendaki seharusnya mementingkan keselamatan dan berhati-hati.

Tepat jam 7.00 pagi kami sudah sampai di puncak pertama dan sememangnya sudah beratus-ratus orang sudah berada di puncak Broga Hills.

 

Best dan memang lepas ini boleh lagi mendaki Bukit Broga. Semestinya bagus untuk stamina dan kesihatan mental dan fizikal.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.