Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Elak Saman AES Guna Aplikasi AES Detector

Minggu lepas, MrJocko ada kerja di Seremban. Oleh sebab itu, nak ke Seremban, kena la guna Lebuhraya PLUS melalui Tol Sungai Besi hingga ke Tol Seremban. Itu lah lebuhraya terbaik dan cepat sampai ke Seremban.
Tetapi berhati-hati dengan Speed Trap saman melalui kamera AES yang ada di sepanjang lebuh raya tersebut. Untuk elak dari kena saman, MrJocko guna perisian aplikasi AES Detector menggunakan Android dan juga iPad. Senang sahaja nak guna. Install atau download aplikasi AES Detector ke dalam smart phone atau gadget korang, lepas tu ON kan aplikasi tersebut.
AES DETECTOR ini akan cuba memberi amaran jika dalam jarak 1,000 meter sekeliling kita ada mempunyai Kamera Speed Trap AES. Secara mudah, kita boleh agak lokasi kamera AES diletakkan dan kita akan cuba elak untuk memandu laju atau melanggar peraturan jalan raya di kawasan tersebut.
Sebagai makluman, dari Tol Sungai Besi hingga ke Tol Seremban rasanya mempunyai 3 kamera AES di lokasi tepi lebuhraya dan lagi 3 lokasi berada di jalanraya berdekatan lebuhraya tersebut. Beringat lah, sebelum kena saman.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.